Pirate Coffee Keramat, KL

sekadar nak merasa kopi lanun yang diviralkan dari selatan hingga utara. al-maklum la, dah lama pantang ais, kan ! so, tetiba tekak ni teringin pulak nak mencuba rasa kesedapan kopi lanun tu hahahahaha..

dekat dengan saya je. kedudukannya area setiawangsa tapi di tulis pirate coffee keramat. acaner ! tahu ni pon terbaca dan tertengok di ig.

moh le kita merasa.

perghhhhh ! sekali sedut memang sedap terasa di tekak, dengan pekat, likat.. memang kawwwwww kawwww punya.
saya pilih chocolate sebab peminat chocolate. pastu saje ambil green tea soh suami rasa. walaupon tahu si dia pon tak suka minum minuman berais. trick je tu. hahahaha sebab saya yang nak minum nanti, boleh !

awal tu rasa je dulu. kendian tunggu ais dia mencair baru sambung sedut balik. walaupon ais habis cair, rasanya tetap besttttttt oke. pirate coffee... perggghhh terbaik. berbaloi dengan harganya.

oh ya, pada yang duduk area berdekatan, pirate coffee keramat ni sebelah jalan, dekat dengan bazar ramadan yang pernah saya berniaga dulu ;-) dekat2 dengan laluan nak ke medan selera setiawangsa, tepi jalan je. sesambil lalu cer tengok banner dorang. comfirm nampak. kalau tak da maybe tak meniaga la kot, kan. dorang buka isnin - ahad dari 12:30 - 6:30 petang.

private coffee. chocolate & green tea. RM5 

cepat juga servis dorang 

my peberet. pekat likat.. best 

 Green Tea.. tertumpah sikit sebab kalut sembunyikan dari pandangan mata rania. sorry ye sayang, tak boleh nak kongsi2 lagi.. 

 bawa jenjalan ke Taman Tasik Titiwangsa. masa ni ais dah mengecik, rasa still sedap. 

balik letak kat esbok kasi sejuk. still sedap bila disedut.

boleh la beli lagi nanti.. in shaa Allah  ;-) nanti nak try yang dekat area Wangsa Maju pulakkkk, situ banyak pilihan.. tengoklah macam mana..

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Pirate Coffee Keramat, KL"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF