Resepi Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas

Beberapa minggu nak genap setahun, Rania kureng sangatttt jamah makanan yang umi sediakan. nasi memang tak nak langsung. macam2 umi buat, sudahnya masuk ke mulut umi jugakkk. tak pa lah.. nak buat camno, kan!! dah tak mo makan, takkan nak pakse jugak2.. >_<

Ngam2 genap umur setahun, kemain makan banyak. banyak cara Rania makan la. paling umi ingat selepas 2,3 hari umur setahun, kite gi rumah ateh di Kajang. rania lapar. ayah suapkan nasi + ikan bawal emas. just letak air sebagai kuah. gaul2 nasi + ikan, berselera rania makan. 

               tangan comel dok kutip nasi.. 

Di usia umur setahun juga, umiayah ajar Rania makan beras perang. Rania dah boleh makan nasi yang berbiji. semua ni umi try bagi masa bulan puasa hari tu. setiap hari jam 6:30 petang umi akan suapkan Rania makan dulu. bila time berbuka, umi just letak pinggan beserta nasi putih untuk Rania. Rania kutip je nasi2 tu. memang tak kacau umiayah berbuka. good girl sangat ^_^

Finger Food Ideas


Kalau ikutkan fingers food boleh bagi masa umur baby diusia 9m tapi masa tu Rania belum tumbuh gigi, so, umi tak bagi lagi. Rania start makan fingers food masa umur 11m+ . sewaktu umi buatkan menu2 ni, Rania hanya ada 2 batang gigi bawah sahaja. 

Rania masa ni, nak makan suap sendiri. ala, dah rasa macam besaq sangat dah anak umi ni. semuanya nak buat sendiri. huhuhu. bagi la chance untuk umi suapkan ×__________× .

Untuk nasi, umi buat style mak2.. kunyah2 pastu baru suap ke rania. walaupon rania dah boleh makan nasi biji, tapi makan style rania la. banyak tumpah ke lantai.. makan kongsi2 dengan umi. sekali suap untuk rania, sekali suap untuk umi.. sudahnya habis jugakkkk. ekekkekekkke

sharing is caring ^________° 
antara koleksi menu makanan untuk Rania masa umur setahun (bulan Ogos)

Nasi Goreng Telur Hancur

tumis bawang putih + unsalted butter.. 
pecahkan telur + sawi/ bayam + nasi 
kacau sebati

*masa nak makan, suapkan dengan kuah daging. sebab Rania suka hirup kuah. 


Kuih Cara Manis Inti Kurma

air + daun pandan= kisar, tapis = ambil air 
air pandan + santan + tepung atta + telur = bancuh macam biasa
letak dalam acuan kuih cara
masukkan puri kurma


untuk rania yang warna cekelat tu sebab guna tepung atta, kan !! manakala yang hijau tu untuk umiayah, letak pewarna hijau sikit, itu cantik warnanya.


nampak !!! siap bersandar makan kuih cara..


Fingers Food 

~ homemade french fries 
~ lobak merah, kentang 
~ pisang, avokado, buah naga 
~ cheese straw
~ cek mek molek dan kuih cara inti kurma


basuh, kupas kulit, hiris panjang2, cuci
kukus
goreng dalam POO
toskan

* Rania suka sangat makan french fries. selalunya sekali buat sebiji je..

buah naga putih. special sebab tokwan tanam. rezeki rania dapat rasa. tok wa memang simpan kat Rania nak bagi cuc sulung dia merasa sam. hiks. buah naga tokwan, alhamdulillah sentiasa ade hasilnya.. since dari umi belum nikah dengan ayah lagi dah boleh merasa buahnya.. 


masa ni Rania tak suka betik. gigit sikit, luah.. 



macam2 style dok ade potong carrot. ikut suka2 hati. guna aje apa bahan yang boleh digunakan.

cobaan nak makan sayur peria. hiks. gigit, kunyah, buang. pahit erk !! 

Bihun Sup Ayam

celur bihun beras perang bagi lembut
reneh sup ayam macam biasa
tabur daun sup + homemade bawang goreng.

* hirup kuah je banyak, bihun buat main, kentang & carrot suka makan.

Moi Ayam/ Bubur Nasi Ayam


tumis poo + garlic + halia
masuk isi ayam
masuk air, beras.. didihkan
sagat carrot, bunga kubis
biar semuanya lembut

* masa ni confius dengan rania, sebelum masuk usia setahun dia makan main2. so, menu bertukar. kejap makan, kejap tak. kalau tak mo makan, kemam mulut serapat2nya. umi pon blurr !! itu yg buatkan moi semula. kot2 Rania rindu nk makan moi ke, kan !! hiks

Sup Telur 


tumis garlic + poo
masuk air, didihkan
masuk carrot, lembut
pecah telur
tabur daun sup

* memang slurrrpppp je hirup kuah. rania suka menu berkuah.. semata buat sup telur je sebab dah blurr masa ni tak tahu nak suap apa bagi rania makan..

Nasi Jagung + Ikan Tenggiri Bakar

ikan tenggiri + kunyit hidup + minyak zaitun = gaul sebati bakar dalam pemanggang ajaib

tumis 4 sekawan + bawang putih dengan unsalted butter, masukkan air + beras + jagung fresh daku buat frozen = tanak nasi macam biasa


Nasi Lobak Merah + Sup Ayam


tumis untuk nasi macam biasa

masukkan carrot yang disagat
bila hampir masak tabur kismis

sup ayam masak macam biasa
ambil dada ayam, racik2 isinya..


ppppssttt: masak menu baby/ anak ni macam best je sebab tanpa garam, gula & perisa tambahan. barulah makanan sihat, kan !!! menu2 ni tetap sedap dimakan. rasa asli sangatttttt..


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Untuk Anak 1 Tahun Ke Atas "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF