Sup Udang Ketak

sup udang ketak sedap diratah. memang ralit bila mengopek kulitnya. apepon usaha tangga kejayaan. nak makan sangat, kan ! hikhiks. 


balik kampung.. comfirm cari udang ketak atau udang lipan ni. setskat ni, belah kampung saya memang mudah nak dapatkannya. sentiasa ada dijual di pasar malam atau pekan nat. udang ketak atau udang lipan ni sedap dimakan kalau masak kena caranya. 

antara menu udang ketak atau udang lipan yang biasa dibuat ialah ikut permintaan. contohnya mak suka buat gulai udang ketak. saya pulak lagi suka buat sup udang ketak manakala adik no 3 lagi suka udang ketak goreng kunyit. selera masing2, kan ! tak sama.

isi udang ketak sangat sedap, lembut dan manis2 gituu. bagi juga Rania rasa. dah bagi nak lagi, lagi dan lagi.lepas makan udang ketak ni, so far takde alergic ke ape. so, leh buat menu udang plak lepas ni, kan !!tapi nak makannya teramat lah perit. hati2 ye dengan kulitnya yang tajam tu.. 

entry kali ni nak share resepi simple sup udang ketak. sedapp yak mat ! sampai bermangkuk2 ulang makan dan hirup kuahnya. siap makan dengan bihun lagi sebab punya sayang dengan kuahnya tu. rasa manisnya macam makan sup ketam pulakk. hikhiks.  

2 batang serai ketuk
1 labu bawang besar hiris halus
3 ulas bawang putih ketuk
air & garam secukupnya
2 pinggan udang ketak
daun limau purut secukupnya

tumis serai, bawang besar & bawang putih.. dah garing
masukkan air, biar mendidih
masukkan udang, garam, daun limau purut
cukup rasa, tutup api 

entry lama tentang udang ketak. 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Sup Udang Ketak "

sedap nie.....lagi klau dpt yg bertelur

pnh tgk udang ni.. terasa geli2 pula sbb rupa dia tu.. hehe

Sekali jer dulu beli Cik Sue tak ingat dah mak masak apa....
Yelah..... selera memasingkan, masak apa pun boleh kot kalau kena seleranya

Tak pernah dah makan dah.. Dulu ada gak la makan..

udang ketak ni isinya memang manis gila..sy suka goreng kunyit..tak pun kuahnya buat kuah mee ke charkoteaw ke memang terbaik dia punya manis..susah nk dpt ni tau

jarang dpt jumpa ni.
besar2 ke udang ni cik su..
brp harga tu sekilo?

jarang beli.. rasanya sejak kawin x pernah beli.. sebab malas nak kopek nak makan hahahaha ... dulu pun abah je yg suka beli.. masak kari.. mmg terangkat.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF