Demam & sakit kepala di awal tahun baru

demam kali ke 2 selepas bersalin. daku ni jenis payah nak demam tapi sekali demam.. mmm, sendiri mau ingat la. memang melepet je lah. tak apa, sakit tu penghapus dosa. pastu daku memang jenis payah nak telan ubat.. bukan sebab takut ke hapa tapi memang tak nak amalkan sangat.. kecuali kalau tak tahan sangat2.. baru terhegeh2 telan panadol. 

kesahnya, 
badan mula panas hari khamis malam jumaat awal tahun baru tu. tiba2 je. seingat daku masa mandi petang tu, dah rasa cering bulu roma masa kaki kena air tapi tak da la pikir ke lain.

tengah malam makin panas. pagi jumaat dah tak larat sangat. badan makin panas. just banyakkan minum air putih, 100 + dan hirup sup ketam. bukan apa risau juga sebab jiran tingkat atas kena denggi. masuk wad di hkl.

mau tak mau paksa diri telan panadol juga sebab badan makin panas. rania pon asyik mengempeng je. dah la tak larat. huhuhu. dugaan betol.

awal pagi sabtu rasa menggigil badan, dengan tak boleh lenanya, lenguh2 kaki. macam2 la rasa. serba tak kena jadinya. tetiba badan gatal2 pulak area belakang , kaki tangan dan muka. habis berbintat. adohai.. tergaru2 la macam hapa dah. sudahnya jam 330 pagi bangun minta ubat alergik kat suami. memang tak tertanggung dah gatal tu. sekian lama bertahan tak nak ambil ubat. akhirnya terpaksa juga telan sebiji. memang lena sampai ke pagi. 

bangun pagi tu terus siap2 ke spital. nak check darah la kononnya. sekali MA bilang tak cukup 3 hari lagi. dia suruh tunggu tengok sampai hari isnin pulak. kalau demam tak kebah2 juga dia suruh datang semula. 

terus citer dengan MA, selepas telan panadol badan jadi gatal2, tak boleh lena & badan mengigil sejuk. 

hasilnya, dapatlah ubat-ubatan ni. ubat kumur langsung tak sentuh. yang macam strepsils tu makan sebiji je. terus ada selera nak makan. kalau tidak semuanya tak lalu nak telan. panadol sempat telan 4 biji je. alhamdulillah, lepas tu terus rasa kuat sikit. dah gatal2 MA bagi ubat sapu je tak bagi ubat makan takut alergic lagi. bab gatal2 tu nanti daku entrykan kisahnya. panjang berjela pula rentetan coretan ni nanti. hikhiks :-)

batuk atau selsema memang tak ada. hanya demam semata. 


suami ada juga buatkan jus pucuk betik. perghhhhh ! pahittttttt yak mat oiii.. nak termuntah balik rasanya lepas minum tu. memang pekat, likat sebab suami terus blender. sempat la minum 3 teguk untuk sehari tu. lepas tu teruih tak lalu nak telan. nak minum siap tutup hidung bagai, tarik napas dalam2 supaya tak detect langsung bau air pucuk betik tu. bau pon boleh tahan juga >_<

dsh baik demam, sakit kepala pulak. rasa sakit yang sukar nak digambarkan. maybe effect ubat ke apa tak pasti la. sakit kepala tu makin lama makin terasa di belakang telinga, sakit berdenyut2 macam menyucuk.. ada pula biji kat belakang telinga tu. macam urat bengkak. bila disentuh sakit sangat222. kiri kanan pulak tu. huhuhu. tiap2 malam tak boleh nak lena. mengantuk tapi tak boleh nak lena. tak tau la kenapa. masa ni macam2 dah dok pikiaq. huhuhu. disebabkan tak boleh lena, gagah juga goggle cari ayat untuk tahan kesakitan tu. akhirnya terjumpa ayat ni.


dok ulang baca sampai ke pagi.

alhamdulillah, dengan takdir Allah, sakit kepala makin kurang. urat belakang telinga, bila ditekan pon tak sakit dah. makin hari makin baik. cuma rasa pening2 sikit je. kena jaga cara baring, cara duduk. silap sikit mula la rasa balik.

lagi satu, kan.. buat pertama kalinya di bulan januari 2016, dekat depan pintu masuk perumahan kami ni, dah terpampang banner besar gedabak ni haaaaaa..


mau tak gigil badan bila duduk sini. banyak hari juga pihak kesihatan datang buat "fogging". sampai kena buka pintu rumah and then turun bawah. ingat nak balik kampung tapi mengenangkan makan minum suami, gagahkan diri juga duduk sini. huhuhu.


Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Demam & sakit kepala di awal tahun baru"

salam kak terengganu pon teruk jugak denggi ni tiap tiap minggu ada gotong royong .akak moga cepat sembuh

Alhamdulillah.. Saya dah reda... Tapi anak masih bersisa selesema...

Moga cepat sembuh...

adoiiii bahayanya. kawasan jajahan dia betol la tu dah kalau ada gantung banner bagai tu. moga semuanya baik2 ye ciksu sekeluarga

Ciksu, sekarang Ros dah jarang kena migrain. dulu selalu juga kena migrain. Apa yang Ros perasan, kalau Ros selalu main game di hp, mesti akan kena migrain. Sebab tu sekarang dah tak main sangat game. Tapi kan, sejak sebulan lepas, Ros asyik sakit kepala yang berpusing tu. huhu. Rasa melayang je..

risaunya macam tak tenteram pulak hidup dalam ketakutan jadinya..bahaya denggi ni..ayah rania dulu dh kena kan

so cmna dh.lega ke demamnya..dh check darah belum

Berjaga2 ye ciksu.. Sbb skrng ni mmng dh nk start virus itu ini..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF