Di usia1 Tahun 5 bulan


kalau ikutkan 10 jan 2016 yang lepas genap usia Rania 1 tahun 5 bulan @ 17m. mood swing, so umi lambat update.. ini antara perkataan baru di bulan januari, 2016 yang boleh di sebut oleh Rania.

Allah
Tok
Sudu
Aamiin

masih menyusu susu ibu. sekarang daku dah mula terasa saat2 nak cerai susu badan nanti. huhuhu. memalam saje ngusik rania, dia punya pusing muka pastu ooo erk oo erkk.. bila umi tak bagi. kesiannnnnn nau tengok. sayu je. dah la tiap kali minum susu ade je gelagat yang dibuatnya. sampai umi rimas kadang tu. tapi seronok sangat saat ni. inilah dilema setiap ibu yang menyusukan anak memasing. tinggal 7 bulan lagi nak susukan rania. huhuhu. cepatnya masa berlalu. dah nak masuk 2 tahun dah. kejap je, kan !!!!

ada hari tu, masa bangun pagi, macam biasa rania nak minum susu.. tetiba boleh tersebut sudu. jelas sangat. sambil tu umi nyakat susu ke sudu.. patlima kali dok ulang sebut sudu tapi tangan ke lain. hahahaha

sebolehnya semua benda nak buat sendiri. setakat yang nampak sekarang, dah cuba pakai seluar sendiri. tiap kali mandi, soh umi letak sabun, kendian duduk pastu gosok2kan kakitangan sendiri, bedak pon nak pakai sendiri. selagi umi tak letak bedak atas tapak tangan, selagi tu la dok menyua tangan. makan minum pon nak sendiri juga. kalau umi tak bagi, kemain pusing muka badan semua kali. amboiiii sangat, kan !!!! bila nak disuap kemam mulut tapi bila bagi pinggan, laju je suap sendiri. nampak !!!! nampak !!!! nak bagitau umi kata dia dah besaq lettew ;-) sama la juga bila nak pakai losyen. soh umi picitkan, letak kat kaki, sendiri sapu. nasib belum pandai picit lagi, boleh habis sebotol agaknya.

baru2 ni sebelum balik kampung badan rania dedar2 sikit. tapi umi cepat2 bertindak. siang hari just pakaikan pampers sebab kuat buang air. umi rebus air barli bagi minum untuk buang panas dalam. kerap mandikan pada waktu siang. malam2 umi jerlum kepala dengan air beras pulut. alhamdulillah, cepat baiknya.

kalau umiayah tengah dukung kendian minta dilepaskan, tapi umiayah tak lepaskan mula la buat lentik badan gaya macam nak bergymrama tu.

suka sangat ambil telefon umi. pastu tekan sesuka hati. tup tup dah bercakap dengan tok. bahasa korea digunapakai. pernah sekali hari tu, ambil hp ayah tup2 dah dengar suara opah. jangan tertekan no orang lain sudah la dik !!!! itu bab call, bab tersalah msg pon ada. hohoho. rania termsg umi nurul la, group wassap umi la.. pastu pakat send gambar blurrr ke umi.. >_<

lepas mandi umi balutkan badan dengan tuala, belum sempat dipakaikan baju, nampak umi datang sambil bawa baju, rania dah lari2 anak keliling meja makan. kemahen gelak suka bila umi ligan, kan ! ngekek gelak kononnya umi ligan tak dapat dia lettewww.. bila dapat tangkap tak boleh buat apa dah, serah diri je la. hikhiks.

progress free diapers masih berlangsung. still sebelah siang sahaja. free diapers pada waktu malam belum laksanakan lagi. sian pulak nak ajarkan. pelan2 la kayuh. bukan apa, bila umi bangun nak pergi toilet  rania dapat rasakan, terus dia pon laju2 bangun juga. bawa juga sambil suruh rania buang air. tapi kesian la sangat mata tak larat nak buka. bila pakaikan pampers, mata pejam macam lena je.

waktu siang bila nak pakaikan pampers kalau nak keluar ke mall mesti rania protes. sebab dah terbiasa tanpa pampers. setakat ni berani keluar tanpa pampers hanya ke taman menan je. ke mall belum lagi. di rumah, kalau nak buang air, rania akan kepit2 gaya nak buang air. umi kena lelaju bawa masuk bilik air kena acah2 dulu, baru buang air. just bagi rania seronok. tak nak bagi dia stress. kadang tu, tak buang air pon, seronok nak main air je.

             mai2 pilih tudung terpakai..


waktu badan tengah dedar2. letak air barli dalam bekas air tu. sendiri minum. tapi kena peghatikan oke. kalau tidak, macam biasa buat macam botol kicap. pebret dari dulu.

barli rebus macam biasa, letak daun pandan. sedap je rania minum.


suka kucing. pantang nampak, mesti nak pegang tak pon tarik ekor :-)


aktiviti di Taman Tasik Titiwangsa. sewa giant bubble yang kecik. sebekas 3 hengget.

tengoklah tu !! acah2 nak buat sendiri. baru puas hati. bila nampak hasilnya, wat lek je.


cukup22222 tak suka bila umi tocangkan rambutnya. jangan kata nak tocang, nak letak sepit pon tak boleh. boleh je rasa ada bende atas rambutnya. tak sampai seminit, laju je tangan dok meraba atas kepala. pastu cabut segala apa yang ada. pakai tudung pon kejap je, ikut mood. ada tips tak nak tarik perhatian anak, bila nak dandan rambut ??? ke usia macam ni memang tak suka rambutnya didandan..

ape pon doa umiayah semoga rania membesar sebagai anak solehah, lembut hati, rajin solat, taat perintah Allah, dengar cakap umiayah, berjaya di dunia serta di akhirat.. aamiin ;-)

Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Di usia1 Tahun 5 bulan "

salam kak , rania nampak comel sangat! :)

cpt sungguh msa berlalu..rsa mcm baru je su bersalinkan rania

comel sanagt rania tu, dah boleh tocang rambutnya..adelya memag tak boleh nak tocanglah rambutnya takmo panjang lagi hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF