Foods For My Baby: Makaroni Bakar

Menu special untuk rania.. tapi rania makan gitu2 je.. ntah la kenapa.. maybe bukan selera rania kot. selalunya kalau buat makaroni sup atau makaroni goreng, laju je rania kutip makaroni tu.. kali ni buat makaroni bakar, maybe Rania tak nampak makaroninya. itu yang tak berapa makan tu. ahahaha. ye ke!!

Makaroni Bakar 🍳

Bahan-bahan:
Makaroni 1 cawan (rebus)
1 ketul isi ayam (potong nipis)
lada benggala merah, hijau, kuning (dadu) serbuk lasa hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
keju secukupnya
lobak merah secukupnya (dadu)
1/2 cawan air
4 biji telur
garam secukupnya

Cara menyediakannya:

Pukul telur.
Kendian gaulkan semua bahan di atas.
Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar sehingga masak.

Makaroni bakar ni ala-ala murtabak maggi lah juga kekdahnya cuma gantikan dengan makaroni.

Untuk menu makaroni bakar ni, Rania tak berapa nak eksaited bila makan. in shaa Allah next time ummi ulang buat lagi oke 😘😘



selamat mencuba. dah cuba kongsi lah ye :) 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Foods For My Baby: Makaroni Bakar "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF