Gegata

punyalah lama daku tahan dan tanggung akibat gatal2 atau gegata . huhuhu.

memula kena selepas raya haji tahun lepas. bulan berganti bulan masih tak oke2 juga. memang bertahan tak pergi klinik sebab comfirm doktor bagi ubat alergik untuk makan. alasannya sebab bf rania. huhuhu.

berusaha cara natural, guna tepung beras. tetap rasa lagi gatal2 tu. bila cukup masa akan bengkak.


masuk bulan lain, merata goggle cari ubat bersesuaian. terjumpa blog ummierna.


beli alfalfa shaklee pulakk sebab nak cuba ikhtiar. lagipon alfalfa shaklee sesuai untuk ibu menyusu. nak beli botol kecil sekadar nak mencuba. sekali tak ada stok. kena juga ambil botol besar. tak tertelan daku. huhuhu. pil2 ni memang tak suka. dari zaman berttc lagi, dah naik fobia nengok pil2 ni. masa makan alfalfa shaklee, still naik juga biji2 dan gatal. cuma tak ada la gatal merenyam. tup2 dah nampak naik. akhirnya, alfalfa shaklee daku tersadai di situ.

masuk bulan seterusnya, cuba pergi perubatan islam pulak. ada juga ditanya pada daku ke mana pergi sebelum2 ni. daku bagitau naik macam ni lepas makan daging korban. dapat air sebotol.
balik minum, air dah habis still gatal2 juga walaupon tak sehebat sebelum tu. bila kena kat muka, area dahi, kening.. memang akan nampak bengkaknya. kalau dekat area mata, sepet je. huhuh.

haaa sudahhhh, dah kenape ??

penyudahnya dengan takdir Allah, gatal2 tu hilang selepas daku telan ubat alergik yang ambil dengan suami masa demam hari tu. alhamdulillah, sampai sekarang dah tak gatal2. baru rasa aman dan tenang sebab tak gatal2 lagi.

Disember, 2015


ini gambar selepas berubat di perubatan islam. walaupon air dah habis minum, nampak cantik terletak je di situ. sebelum naik sebesar itu, memang gatal oke.

ini pon sama. atas kening tu. nampak bengkak. kawasan muka memang jage2 je nak garu. kalau terlebih garu, lepas hilang bengkak, habis calar.

alhamdulillahh..

ppppssttt: sakit penghapus dosa '____'


Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Gegata "

alaa.. ye ke?
macam mana cara pengambilan alfalfa tu?
rugilah pula tak habis... suruh asben makanlah..elok tu
detoks mcm2 dalam badan..alahan pun elok ambil (bukan alahan pregnant ye..hihi)

kesian ciksu tak habis lagi dengan ujian gegata ni huuuuu

Oh saya ada dpt satu tips dr doktor... sebab dulu pun pernah kena gini... doktor kata, kalau nak hilangkan gatal2 sebab gegata ke, hama ke... adalah dgn tinggalkan pengambilan protein buat sementara waktu... protein tu termasuklah ayam dan ikan. Tapi banyakkan pengambilan buah2an dan sayuran.

Kata doktor, gatal2 naik adalah disebabkan tingginya protein dlm badan kita. InsyAllah lps tinggalkan protein dlm 4-7 hari, gatal2 pun beransur hilang... saya hari tu just ambil ubat sapu, selebihnya ikut nasihay doktor tinggalka protein sementara... ;)

Kalo kena gatal2 satu badan memg payah kan...nak buat keje pun xjalan

Waaa memamng siksa kalau kena gegata ni

Alhamdulillah.. dah sembuh ye Ciksu..

Rsanya klau gtal2 naik bngkak cmni pnh kna. Tp kt kaki. Ltihnya menggaru. Nk nangis dibuatnya.

tips dari nora karim tu memamg betul la kan..sbb protein tinggi dalam badan..sbb tu la seafood semua jadi punca allergic gatal..sbb tggi kan kandungan proteinnya..

mujur ciksue dh lega..rimas memang la rimas kan klu dok gatal satu badan serba tak kena jadinya

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF