Siput Sedut Masak Sambal

menu lunch tadi. siput sedut masak sambal. menu siput sedut lagi gara2 cik abe tak puas makan hari tu sebab adik ipar potong muncungnya sikit sangat, so, bila nak makan tak tersedut isinya. potong stim nak ratah siput sedut katanya. hohoho.

menu simple je ni. tapi salah satu peberet cik abe. selain siput sedut masak lemak cili padi. daku yang suka buat masak lemak cili padi tu benornya. ekekekke. salah satu sebab nak cedok kuah. so, tak payah nak masak kuah lain. bijak tak ! bijak tak ! cik abe daku bukannya nak hirup kuah pon. nak ratah je lebih.

siput sedut masak sambal 

2 biji bawang besar + 3 biji bawang putih + halia + serai sebatang (kisar) + cili kisar 2 sb + minyak secukupnya = tumis sampai pecah minyak
masukkan air + asam jawa adabi
masukkan siput sedut + daun limau
purut yang dihiris halus
perasakan garam + gula + serbuk knorr
gaul2 bagi siput sedut sebati dengan bahan kisar, biar kuah meresap ke dalam. renehkan dengan api perlahan
cukup rasa. tutup api.

tadaaaaa.. siap sudah.. jemput makan.. macam biasa kuah lebey.. sebab ciksuu nak cedok. kikiki :) asalnya bawang besar letak sebiji je, sekali lepas kisar tengok macam sikit la pulakk, itu yang tambah lagi sebiji.. ikut cik abe dia memang suka makan lauk pauk yang tak berkuah. jenis daku pulakkkk suka berkuah. baru puas makan.. sampai menjilat jari. haaaaa, gituuuuu ;)

rasa macam rendang pon ada.. cumanya tak letak kerisik je la...



rezeki kawan cik abe dari terengganu hari ni... alhamdulillah.. yang bestnya kawan cik abe pon tak pernah makan siput sedut sebelum ni.. tadi berjaya ditry. banyak juga dimakannya. faktor utama dia tak makan siput sedut sebab memang tak suka benda yang bercengkerang. ambil masa nak sedut, kopek bagai... kikikii

daku siap simpan sikit nak merasa sebab dah lama tak makan, kan !
berjaya la sedut 7 ekor.. itu  je boleh.. janji try.. ;-)

zaman memula belajar makan dulu, pantang nampak, comfirm suru cik abe beli di pasar borong selangor. buat masak lemak cili padi campur pucuk paku.. sedapppppp.. lemak2, pedas2, masin2.. semua adalah.. hasil cubaaan makan kak ipar masak.. dulu la sekarang, daku tak berapa dah nak boleh telan...


Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Siput Sedut Masak Sambal"

Wow...sedap ni...sedap....suka makan siput sedut tapi ngeri sebab ada pengalaman sedut...sedut...sedut...tertelan...masa tu ada baby siput la sebab coet je..sedut sekuat hati...

sodap nyumnyumnyum... sblm mai kedah sy dah sumbat 3 plastik siput sedut ni dlm perut. 3 plastik RM5: )

hehehe..zaza start pun slpas kwin..suami kaki siput sedut..family kg memang tk pernah try kecuali kerang muahahaha..

Sedapnya siput sedut masak lemak....feveret saya tu :)

wowwwwwwwwwwwwwwww feveret akak, ada lagi k cik su?

haah klu hujungnya di potong pndek sgt mmng susah nk di sedut

tak suka gak makan siput sedut ni. satu nya sebab takreti sedut. sedut2 pastu sakit kepala erkkkkk

Sedapnya nampak.. tapi sayang saya tak reti makan siput sedut...

Uit nmpk sedap tp sy xmkn siput sedut

ahh sedapnyaa. Selalu nani mkan yang masak lemak

Assalamualaikum Ciksu.. Apa Khabar? Rania macam mana.. Lama Ros tak singgah sini.. entry kat blog Ros pun banyak yang schedule. hihi

ciksuuuu..kita tak pernah lagi masak dan makan siput sedut masak sambal. tapi kalau masak lemak memang umph!!!

samalah cik abang kita pun, meratah je lebih. kita memang suka hirup kuah..lagi lagi kalau pekat..aishhhh..meleleh air liur den.. manalah nak cari..kat sini susah sikit nak cari siput sedut..

Ptma kli mkn lpas brnak kn zara.. Allah.. Sgan btl nk mkn dpn adk2 ipar. Kesnya xreti nk mkn cmne. Cik abg tlng ajrkn. Hihi

percaya tak seumur hidip sy tak pernah masak siput sedut..nk sedut pun tak berapa pandai lagi nak potong..memang fail la.nk makan pegi beli je la bley kan.hehe

penampilan dah cukup membuka selera, kalau terhidang depan mata maunya akak try..,malu nak ngaku orang utara sorang ni tak reti makan siput sedut..kihkih

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF