Ziarah anak sedara di Maahad

pagi tadi sempat bawa rania jenjalan ke pasar sehari di lembah. saje jenjalan cuci mata nengok orang meniaga. rania pulak suka kacau kucing yang bersantai di tepi sungai perak ;-) kemain ngikut kucing tu semata2 nak pegang.

sebelum pergi melawat anak sedara, mil and adik ipar siapkan lauk pauk yang nak dibawa. daku buat apa? tolong basuh pinggan je lah. itu aje yang mampu. rania tak sporting langsung bila balik perak. stressss umi tau.

sebelum zohor, kami dah sampai, so, solat zuhur di sana.

sepanjang beberapa jam di sana, macam2 drama dok ada. huhuhu. drama rania pon kemain. sama juga drama anak sedara. kohkohkoh.

meh nak citer drama rania dulu.

masa sampai rania tidur. lama juga lenanya. ba elok selesai orang solat zohor, nak makan, rania jaga. ingatkan mood elok la, kan ! dah cukup tidur. sekali punya la dok buat drama ayaq mata. sampai sudah tak makan saman. perghhhh. stresss sesangat, sampaikan daku nak makan pon tak tertelan dek tekak ni haaa.. pujuk tunjuk kambing, kucing pon tak jalan. ayah nak ambil lagilah tak nak. nak umi aje dukungnya. huhuhu.

bila dah lama sikit, baru mood ok. siap abang haris (anak sedara yang dok maahad) ambil dukung kemain suka. masa abang hariz hulur tangan nak dukung, elok aje rania sambut. padahal dah lama tak jumpa kot. kakak aliya punyalah jeles. hikhiks. dorang ni sepupu.

pastu, daku suruh la rania bye bye and buat flying kiss dekat abang2 yang dok lalu lalang tu. pon rania buat. sudahnya, punyalah rania dok ulang alik berjalan ke hulu hilir nak pergi ke tempat budak2 maahad ni dok lepak. bila ayah bawakan, suka kemain. siap dok salam2 lagi dengan abang2 tahfiz tu.. lepas bawa ke sana, barulah tak kalut nak ulang alik ke sana lagi. dah la panas lip-lip. dia punya syiokk dok atur langkah, bukannya dikesah panas ke idok. umi yang nengok, macam nak pitam sebab tak terkejar.

selesai drama rania, kami pon siap2 nak balik.

sekali anak sedara gtau nak cakap berdua aje dengan opah. so, dorang pergi la jauh sikit. tup2 anak sedara dok peluk pokok sambil menangis. katanya nak balik, tak mo duduk situ. huhuhu. pujuk punya pujuk tak makan saman juga. tetap la dok menangis siap baring2 lagi.

oh ya, sebelum tu dia ada bercerita, yang barang2nya ada hilang. antaranya duit syiling, baju, seluar, ubat gigi and then kena buli katanya. dah report ke ustaz, cumanya maybe anak sedara tak tahan kot. anak manja + tak pernah berjauhan dengan family, kan ! normal lah tu..

sudahnya, kami balik. tinggal macam tu je sebab lagi dipujuk makin menjadi2. kawan2 datang pon dia tak kesah pon, lagi syiokk menangis. kebetulan kami nak balik kl. masa tu jam 4 lebih dah. itu yang gegas balik.

harap2 ok la lepas ni. tunggu tengok cuti raya cina nanti lah macam mana sebab mamapapanya datang tengok dan boleh balik ke rumah. janganlah bila dibenarkan balik, terus tak nak pergi pulak nanti. minta dijauhkan la.

apa pon maklang and semua berharap agar hariz asyraf bertabah dan bersabar lah. semoga impian mamapapa tercapai untuk tengok abang hariz berjaya di sana.

di kesempatan ini, daku nak minta tolong dengan korang, supaya mendoakan hariz asyraf terus dapat bersabar dan bertahan di sana untuk menimba ilmu di maahad tahfiz tersebut. masih jauh perjalanannya di sana, pa pe pon semoga hariz berjaya dengan cemerlang dan menjadi contoh kepada sepupu2 yang lain sebab hariz cucu sulung sebelah perak. aamiin.

Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Ziarah anak sedara di Maahad"

alahai sabar jelah. moga hariz terus bertahan

Rania syok tengok pakai baju seragam je semua sama tu kot hihihi. tapi kesian pulak bila difikir ke anak sedara ciksu tu. takut dia tertekan nanti belajar pun langsung ke mana huuuu. tapi moga dia tabah dan kuat

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF