Chicken Chop Mudah Dan Sedap

dah lama tak buat chicken chop. last makan chicken chop di kiosk Ramlee hari tu. chicken chop ni daku suka makan waktu panas. kalau dah sejuk, macam tak best je nak makan. nak buat chicken chop sangatlah senang dan mudah. cuma renyahnya masa nak lapah ayam tu. tugas tu serah dekat cinta hati. hiks. walaupon daku pernah belajar cara2nya dengan adik angkat satu masa dulu. kadang tu nak mudah, masa beli bagitau dorang soh buatkan sesiap.. senang khoje ;-) balik rumah, lepas cuci dah boleh perap. senang, kan !!!

sempena cuti CNY dan makan2 sempena my besday hari tu, daku gigih la buat chicken chop ni haaaa.. saje nak bagi rania rasa sekali.. kemain rania dok meratah ;-) cumanya untuk rania tak letaklah bahan perisa & kicap.

bila buat chicken chop boleh tambah sosnya sesuka hati. itu yang best. baru puas makan chicken chop, kan !!!!

RESEPI CHICKEN CHOP MUDAH & SEDAP

peha ayam - pepandai la asingkan isinya dari tulang pastu tumbuk/ ketuk bagi nipis sikit.

perap peha yang siap ditumbuk dengan bawang besar + putih + halia + lada hitam + serbuk ayam knorr + kicap pekat. simpan dalam esbok beberapa ketika.

agak dah puas hati perap, bolehlah..
1) golek dalam tepung gandum
2) telur yang dipukul
3) breadcrumbs

goreng macam biasa.

sos lada hitam

bahan: mentega + tepung gandum + bawang besar dadu + tomato dadu + lada hitam ditumbuk + sos cili ikut pedas memasing + cendawan shintake + serbuk ayam knorr + gula + garam + kicap pekat.

panaskan mentega
masukkan tepung gandum, biar perang
masukkan bawang besar, cendawan shitake, tomato
masukkan air, sos cili, kicap pekat
perasakan dengan gula, garam & serbuk ayam knorr
masak ikut kepekatan yang disukai..

tadaaaaa.. dah siap.. jemput makan •________•





untuk rania buat sos tomato. nanti daku kongsikan dalam resepi untuk anak.

oke.. byeeeeeeeeee

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Chicken Chop Mudah Dan Sedap "

Wah...nampak macam hidangan di restoran...

Puas hati makan airtangan sendiri, kan? :)

sedap ciksue..memang peberet sy ni almaklum tekak western..buat sendiri puas makan..kuah melimpah baru nikmat makan

Wah, Ciksu! Macam makanan kat restoran aje gayanya! Kalau buat sendiri memang sukahati kitalah banyak mana kita nak, apa nak bubuh lebihkan. Barulah seronok makan ikut citarasa anak tekak sendiri.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF