D'Pendang Sup Utara, Setiawangsa..


D’ PENDANG SUP UTARA, SETIAWANGSA

alhamdulillah, masakan dorang kene dengan tekak saya k. al-maklumlah, menu dari negeri sendiri. sape tak suka, kan !! bihun sup, asalkan bihunnya kuning, ada sambal merah. cukup !!! (",) nak extra lagi kalau ada lobak masin tapi kalau makan di kedai memang jaranglah dorang letak lobak masin tu. itu kalau nak, kena buat sendiri di rumah. hadap lah puas2. selain bihun sup ada juga nasi royal (kuning), roti bom, roti canai & makanan bergoreng.

setakat ni baru 2 kali ke sini. sebelum ni kalau nak makan bihun sup utara, akan ke kedai abang member di Brickfield. kali ni jumpa yang dekat dengan rumah, harus lah cuba. dah berapa lama duduk kl, baru ni je perasan. adoiii.. sebabnya jarang gune jalan ni. itu yang tak perasan sangat kewujudan kedai ni. ha ha ha 

roti canai pon ok. tak liat. kuahnya sedap. sambal ikan bilis tak ada la pedas sangat. ba elok ja kalau cicah dengan roti canai tu.

bihun sup normal lah rasanya. rasa bihun sup. hahahaha. boleh pilih nak daging, ayam atau ekor. ini yang setakat pernah try la. kuantiti pon banyak. kenyang la kalau perabis semangkuk tu. saya suka sup style utara sebab kuahnya tak ditumis dengan rempah bagai. jenis rebus, so, kuahnya tak lah berminyak dan berbau rempah macam2.

nasi royale

nasi royale memang jadi pilihan. dibungkus & diletak atas meja. lauk ayam. kuahnya ala2 nasi kandaq gituu. sape pernah try tau la macam mana ghopenya. pekena dengan Teh O Panas. "mmmm.. sedapnya.."

bila makan kat kedai ni, teringat macam makan di kampung. rinduuuu kampung.. sobsob. kalau nak makan relax2 kene datang awal sikit.. datang selepas jam 5 petang, haaaa.. masaklah.. setiap masa memang penuh customer dorang, sampai lah ke malam.. 

pppsstt: gambar makanan non hadoo sangat sebab tak dapat kerjasama.

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "D'Pendang Sup Utara, Setiawangsa.."

tak yah ade gambar laa sue, akak bace jek pun dah terliur2...ko bygkan tahap imiginasi akak ni hah hahaahahahaha....akak pun suke bihun sup utara...mmg sedap....nasi royal tu nasi lemak royal kan? tu pun akak suke gak...penah mkn sekali jek .....

kalo makanan berase mmg kite repeat dtg kan sue.....

hahaha..ingat ada gambar makanan...kiki

Hihi. Terubat lah rasa rindu nak makan makanan macam dekat kampung kan ciksu :)

Baru berangan nak tengok gambarnya rupa-rupanya takda pulak. Itulah Ciksu kalau takda kerjasama memanglah susah ^_^

Kat mana ya Ciksu tempat ni? Akak memang suka berJJCM. Tengok nama macam tau tapi lokasi sebenar tu nak tau. Setiawangsa part mana ni ...

bihun sup utara memang terbaik..klu kt sini kami suka bihun sup kepala batas png..ngan sp dekat ja..nama ja bihun sup..sup pun ada rasa macam air paip.so bila kena yg sedap memang dok tala makan kt tmpt sama je la..hehe

sapa tak suka makanan kmpg sendiri kan..untunglah tak payah balik kmpg dh boleh kena menu kmpg

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF