Muzium TUDM, KL

Zaman tak ada anak tak teringin sikit pon nak pergi tengok Muzium TUDM ni walaupon suami dok ajak pergi, daku nak tak nak je nak ikut. bila dah ada Rania laju je nak pergi. ekekeke..

Muzium TUDM.. antara salah satu wishlist umi rania di tahun 2016.. alhamdulillah terlaksana sudah.. jika diizinkan Allah, sebolehnya nak jelajah tempat2 best dalam Key El sebelum ayah Rania posting.. walaupon entah bila dapat tahunya.. apa yang penting kita pergi dulu.. mihmihmih.. kalau dah keluar dari Key El.. mmmmmmmmm.. entah bila pulak la nak datangnya pon tak tahu lah, kan !!! lepas ni comfirm akan rindu tempat2 yang selalu pergi sepanjang duduk di Key El..

Sabtu 13 Februari 2016


kebetulan ada hari terbuka di Muzium TUDM, KL ni.. tahu pon last minute, so, tak sempat nak imform dekat uols. kalau tidak boleh pergi sesame. masa hari terbuka hari tu, ada la gerai2 jualan dekat area parking sebelum masuk area Muzium tu.. ada jualan baju bajan, key chain, makan minum dan menan ala2 tentera.. daku tengok dari jauh je.. tengah panas terik kot. tak kuasa lah nak basah ketiak yang dah sedia basah tu. hiks >_<


kalau hari2 biasa pon boleh je kalau nak pergi.. dengar2 kata Muzium TUDM ni nak tutup dan akan dipindahkan.. tunggu tengok lah macam mana nanti..

kalau uols nak pergi ni alamatnya


Muzium TUDM

Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2117 1201/03-2117 1202

Pintu masuk ke Muzium TUDM. bayaran masuk PERCUMA.



Muzium TUDM di buka pada 1 Jun 1985



tugu macam ni dekat kuale kangsar ada satu. pihak tudm letak pesawat SKY HAWK dekat sana. betul2 dengan bulatan jam dekat kuale. 


masa ni baru sampai terus tuju ke sini hahaha sebab boleh berlindung. panas oke masa ni. gigih :-)

yang ayah rania tu memang betul2 jawab call. kakaknya call, suruh ambil sebab nak tidur di rumah kami.. hewhew


Rania pepandai lah bawa diri yerk !! dah nama pon hari terbuka, kan.. memang ada la orangnya. kalau tidak comfirm sunyi sepi.. 




Caribou.. pesawat transport. memang luas dalamnya. lantai caribou ni kayu, boleh masuk duduk & bergambar. ada yang siap duduk kat cockpit nun haa. daku tak masuk pon bahagian cockpit, sempit. dah la panas.

rania pantang nampak tangga. ada je khojenya. sanggup turun naik patlimakali. suker pulak tu ^_^



Scottish ke namanya. entah lah. kemain rania. panas2 dok atuq berjalan. 


rania memantau kawasan bersama si payung. hiks. 

yang mana pesawat ada sayap kecik2 tak danya kami singgah bergambo. panas lit-lit. lalu tengok sekali imbas je. tak kuasa daku nak bertenggek ambil gambo lelama. 


Jet Pejuang CAC F86 Sabre. memang macam gini erk !! habis terkopak..
selain jet pejuang ni, kat belakang pon ada heli yang terabai. dah rosak dan berkarat pon.  

oh ya, kalau korang perasan la, tanah dekat sini atas dia ada rail besi tau. kiranya macam nak cover musim hujan supaya tayar2 pesawat yang diletakkan di sini tak tenggelam dek tanah. haaa, gituuu. 




nampak !!! gigih umi payungkan rania. hakhak. sebab comel sangat pesawat ni..


PILATUS PC 7 pesawat ni masa duduk di kampung dulu sokmo dengar crash. ada masuk bendang la, kebun getah la. ala, yang selalu pilot buat ujian memandu tu.. haaa, yang ni la. dapat juga tengok dekat2. 

dah basah tiak kite masuk rehat dalam hangar. belakang tu haaa. sejuk la juga, ada kipas. 

rania macam biasa lah, pantang nampak geng, kira nak joined aje. mudah mesra..


dalam hangar tu pon ada juga pesawat tapi daku duduk dendiam atas stage tu sambil nengok rania. ade sejarah2 pasai aset pesawat2 yang dulu dan kini. boleh baca tambah ilmu sesikit, kan !! 

persinggahan yang singkat. bagi anak2 mesti seronok bila dapat peluang melawat ke tempat begini sebab boleh cuba dan tengok dengan dekat. cumanya kesemua aset yang dipamerkan macam tak terjaga aje. berpanas hujan di luar, kan.. habis berkarat, rosak itu ini. walaupon dah tak boleh digunakan lagi tapi katanya muzium, kan !!! bagi lah molek sikit. barulah semegah bila orang awam datang melawat.. tak gituuuu ;-) 

sebelum balik kat depan hangar ada tasik/ kolam kecil boleh la nak santai2 ambil angin. cantik juga daku tengok tapi daku pergi time tengah hari rembang, so, takdanya nak santai2 bagai. laju je jalan tuju ke kereta. 

pppssttt: rania di usia 1 tahun 6 bulan 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Muzium TUDM, KL"

tak sangka rania dah besar..
tak pernah sampai muzium ni..

selalu kalau pegi pd lalu jek tak dan nak singgah

menarik je...huuuhu..ada anak mmg nk bwk anak jln je kan

Ada ank ni xcited nk bawak jln. Wlpn ank tu xthu pape.. Hihihi.. Kita pun suka pergi tmpt cmni..

muzium tudm ni klu pegi anak2 memang suka..abah aiman afia ni memang oeminat segala pesawat..so beliau kot org yg paling teruja klu kesini..habis dibelek n dibacanya..tak larat kot kita nak berpanas melekit ketiak klu kesini.hehe..

rania nmpk enjoy..kemain dengan payungnya tu.habis semua pesawat dia terjah..tak padan dengan panas.

rania macam kakpia jumpak budak mana pun habis dia nak buat geng.memang suka berkawan

Pak Jilap dulu duli kalau lalu sini, mesti ckp nak singgah, tp sampai la tak menyinggah. Mak pun tak kisah le , sebab tak berapa nak minat tengok kapei terbang hihi

jalan lapangan terbang Lama?...kat mana ya, blur abih dahhh dengan jalan-jalan kat kl sekarang.

muzium ni buka MV tak lahir lagi..wah rania ni nampak tinggi...dah lebih kurang syamimi

Dah setahun lebih Rania ya! Sekejap alahai masa berlalu. Akak pun lama dah tak singgah blog Ciksu. Tak berkesempatanlah Ciksu, tak macam dulu-dulu!

Masa akak pergi dulu luar tu basah. Jadi terjinjit-jinjit masing-masing nak tengok kapalterbang. Kami spent times kat dalam hangar aje. Ingatkan dah tutup, tapi buka lagi rupanya muzium TUDM ni.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF