Friday ~ Random Photos

Ambil idea daripada sis lieyalatif. hiks. mudah juga buat style giniii. sekali harung aje. senang. ekekekeke ^_^ cuma sis lieyalatif selalu buat hari khamis, daku buat jumaat !!! boleh la erkk..


nenas ~ dari pontian. 3 biji RM5. ambil 6 biji. ayah Rania nak buat jus sebab batuknya daripada sebelum pergi ipoh, selepas balik ipoh still dok ada. alhamdulillah, lepas 2,3 kali dok ulang minum jus nenas + makan nenas, batuk beransur hilang. separuh lagi campur dalam siput sedut masak lemak.


kereta mainan ~ setiap kali ke Tesco atau Jj Maluri. dah selalu sangat naik, sekarang nak naik, dah pandai masukkan token sendiri. hiks. umiayah tolong tukarkan je. selebihnya pepandai seniri la erk !!


Burger Daging Rusa ~ sedap, daging pon juicy & banyak bahan. ada senkuang, timun, bawang, salad + sos + mayonis sesedap rasa. RM 5 aje, beli area Pasar Keramat.


Minum petang ~ kopi o panas + cucur keledek cicah cili kicap.. nyum.. nyumm


Lunch ~ sup sayur sawi + ayam masak halia. ayam masak halia peberet Rania. kemain dok gigit drumstik..


Tiru macam saya ~ nengok umi cedok, dan2 tu kalut sama. dah cukup umur nanti, rajin2 ikut ayah gi pasar beli barang basah ye !!


pasar malam jelatek ~ setiap jumaat. comfirm datang cuci mata. hiks. seronok tengok orang meniaga. sesambil daku datang cuci poket. ekekeke. rangka ayam peberet cik suami. pakcik ni jual murah. rangkanya pon banyak gak isi. ralit je makan.

ppppssstt: alahai, sesema la pulak.. shrotttt.. shretttt aje ni.. naik rimas dah.. risau kat Rania, kalau berjangkit. hukhuk

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Friday ~ Random Photos "

satu entry pelbagai gambar..menarik///

Oh... kalau kakak pulak bila batuk pantang tak boleh kena nenas nanti jadi tambah batuk siap gatal kat tekak tau CikSu.

Ooo bru tau khasiat nanas tu bleh try

asa tengok difacebook petua nenas tu.berlesan ye ciksue..amboi rania kemain lg suka naik benda tok3n tu..sama la kak pia pantang jumpak.hehe

burger rusa..baru jugak makan..tp haritu yg sy makan tak byk sgt sayur cam ciksue ni

teringat ari tu, emak beli kan nenas.
bergasak la anak2 makan nenas dgn atok uwan.
pasti nurin komplen lidah dia sakit.
ha haha tu ler penangan makan nenas nak oii.

sedapnya kalau dapat nenas masak lemak dengan talang masin..nyumm

sini tak pernah lagi jumpa pisang goring cicah sambal kicap. tapi memang layan kan. nak pulak time panas2 tu haaaaa. baru tau yang kalau batuk boleh bedal nenas. benda sedap tu hihihihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF