Tudung kanak-kanak


JJCM: Food Court, Aeon Big Alor Star

kali kedua ke Aeon Big, Alor Star, baru berpeluang singgah jamu selera di food court. singgah ni pon sebab tersuka dengan deko di dalamnya. cantik, kemas & menarik. paling best ade playground untuk anak2. ini penting sejak dah anak ni. kene gembirakan anak dulu baru dapat makan dengan tenang. hiks.

Food Court, Aeon Big Alor Star 



playground


antara menu2 yang diorder

ABC sedap. aisnya halus, manis cukup rasa. bahan pon pelbagai

ABC RM4
Laicikang RM3
Tea 3 layer RM3
Teh O Ais RM1
Chicken Chop RM8.90
Mee Bandung RM6
Spaghetti Bolognese RM6

alhamdulillah sedap dan berbaloi dengan harga yang diletak.in shaa Allah lain kali bole singgah lagi ke sini. suka dengan enviromentnya. bersih & selesa. Rania layan je main di playground (",)

makin cerdik di usia 1 tahun 7 bulan ni.. macam2 peel di tunjuknya.. bikin umi naik darah memanjang.. 

untuk Rania bagi fries, spaghetti & air caliph + sirap. dok kampung pantang nampak orang minum air bewarna (kopi, teh o, milo, sirap, oren).. mula lah Rania pon sibuk jugak nak merasa.. grrrr je tau.. maklum la duduk di rumah, umiayah just minum susu & air putih je.. bila balik kampung, bila ramai2 macam2 lah di nampaknya.. duduk kampung memang dugaan sesangat.. habis hilang pantangnya.. mmmmmm.. sabaq je lah. 

sudahnya, umi letak air + caliph + sirap setitik dua. bagi nampak bewarna.. baru boleh habis minum.. kalau tak buat macam tu, pandang botol pon tak nak. nak lagi uji kesabaran umi, kadang tu umi letak air putih dalam cawan, sebelum minum Rania akan tengok dulu, pastu boleh Rania tuang air tu.. selambe je tuang atas lantai tempat die tengah berdiri tu.. sikit pon tak rasa bersalah oke.. Rania tahu umi "kelentong" kan dia.. 

1 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin