Random Photos

Di kampung..
  • ciksu yang suka pakai inai. ini pakai inai mekah. kiri kanan pakai. ingat zaman sekolah dulu, ayah cukup tak bagi pakai. tak elok katanya pergi sekolah nak pakai inai2 ni. macam ape jek. gian nak pakai inai tunggu time cuti sekolah bulan duablas. start cuti sekolah dah mula pakai. nak buka sekolah dan lah hilang warna merah di kuku tu. sanggup arwah tok giling inai untuk cucunya ni. hihihi. rindunya dekat arwah tok. al-fatihah. 

  • masak lemak labu dengan pucuk manis.. nyumsssss.. makan dengan nasi panas, ikan kering & sambal belacan..perghhhh !! sedappp baq hang.. ikan kering mak buat sendiri. sekarang kan musim panas, memang seronok la jemur ikan, cepat nau keringnya.. mak guna ikan temenung je.. pastu goreng garing..  krup krap.. krup krap je bila makan nanti :-)
satu untuk ummi, satu untuk Rania

menu Rania: Labu + Pucuk Manis Masak Lemak 
didihkan air + labu + bawang merah kecik + lada hitam + serbuk ikan bilis homemade.
agak labu dah empuk, masukkan pucuk manis + santan. 
suaikan rasa, siap. 

Rania kalau dapat menu berkuah, ummi  pon tak pandang.. fokus hirup kuah. 
labu dengan sayur manis, main kuis2 je.. labu ni kejap Rania suka, kejap tak suka. ikut mood juge.

sejak2 dah pandai guna sudu, pandai suap sendiri ni, mana nak bagi ummi suapkan die dah. semuanya nak buat sendiri. berdikari sangat,kan!!! 

tak dan dan nak hirup kuah

suka menu berkuah

kejap je boleh habiskan kuah yang ada. so, dah boleh tahu kegemaran Rania. mudahlah nak buat makan untuk dia. 

masak menu untuk anak paling best. senang sangat  sap sap soi dah siap. setakat ni Rania masih belum diberi makan menu yang ada GARAM. just letak serbuk ikan bilis.. 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Random Photos "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF