Aktiviti Rania di kampung

Bulan lepas, kan.. kami 2 beranak balik kedah. boleh dikatakan aktiviti Rania sentiasa padat. ade saje aktivitinya. makin pandai menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di kampung. sape ajak, mau aje ngikut. senang kerja umi. hiks.
πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

teman sembang tok. pot pet pot pet. tok pon layan jek. al maklum lah, cucu sulung. kesayangan sangat lah, kan !!

suka nau2 kacau kucing. ade je yang dibuatnya dengan kucing2 tu. nasib le kucing2 oiii, kene buli dengan Rania. 

bila free, wan ajak p mydin loq staq. belanja naik kuda menan ni. pebret Rania lah kalau ke sini. satu token singgit jek. main lah sampai puas. 

ikut tok jenjalan p umah kawan tok. jumpa pulak kawan. makin rancak lah. dress Rania pakai tu, dress umi dedulu. elok lagi, tok simpan. sekarang Rania plak pakai. sungguh tak sangka !! 

tak pon ke taman menan

ini semestinya kalau ke pekan pendang. upah tunggu umi masuk beli barang. 

jenjalan keliling taman dengan wan tapi Rania tak panggil wan, dia panggil "weyyyy". sekali dengar macam slang klate. hi hi hi

naik buaian. kemain tak bagi wan pegang sebab nak naik sendiri. dah biasa naik yang ade penghadang macam di tasik titiwangsa tu. bila dapat buaian yang macam ni, memang tak suka lah di pegang. 

Rania cucu yang dinanti2kan selama ini. semoga Rania membesar sebagai anak solehah, rajin solat, taat perintah Allah, dengar cakap umiayah, berjaya di dunia dan akhirat. aamiin. aamiin. aamiin. 

alhamdulillah, walau di mana Rania berada. solat tak pernah lupe. solat tiang agama. aamiin. aamiin. aamiin

semua orang sayangkan Rania. semoga Rania menjadi anak/ cucu/ kawan yang penyayang juga nanti.
πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Aktiviti Rania di kampung"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF