Tudung kanak-kanak


Bihun Soto Ayam untuk anak

Rania suka makan menu berkuah, so, buatkan bihun soto ayam. simpan separuh isi ayam kampung, yang ayah sembelih. ayam dara, lembut aje isinya. sedappp. hari sebelum dah buatkan mee sup.

bila buatkan bihun soto ayam ni, kemain Rania dok hirup kuah & ratah isi ayam racik tu. setakat ni, Rania bagi lah ape jenis menu berkuah, comfirm habis dihirupnya (",) 

Bihun Soto Ayam versi baby
bahan tumis:
serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + serbuk lada putih
4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
santan pekat

Bahan Kisar:
bawang merah + bawang putih + halia + kunyit hidup
serai - ketuk
kurma
lobak merah 
saderi 

Cara cara:
Tumis bahan rempah, bahan serbuk & bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air & biar mendidih. Masukkan serai & lada putih.

Masukkan ayam, bila masak, keluarkan, tos & goreng hingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Masukkan santan dalam kuah mendidih.

angkat & makan dengan mee hoon yang dicelur. umiayah leh tambah dengan Sambal Kicap. perggghhh !! tak tengok kiri kanan dah ler (",)

Bihun Soto Ayam versi baby 
ni  round ke 3. non hado daun sup dah. suap makan waktu petang. sambil melayan rania buli kucing.  laju jek makan.

ayam kampung segar. wan sembelih untuk cucu kesayangan. baru lepas demam campak hari tu. 


0 Comments