Ikan Talapia Goreng Sambal Menu Rania hari ni...

tahun lepas lebih kurang umur Rania setahun lebih dah mula kenalkan die dengan ikan air tawar ni. pilih ikan talapia sebab isinya lembut, sedap & tulang pon boleh nampak dengan mata kasar. senang nak handle waktu makan.

masa memula intro ikan talapia merah versi bakar. lumur dengan kunyit hidup then bakar. isinya memang terbaik. Rania pon suka makan. pastu buat ikan talapia goreng plakk. pon Rania suka. 2,3 hari lepas balik kuale. cik abe belikan ikan talapia merah lagi.

Ikan Talapia Goreng Sambal Versi Baby
diusia 1 tahun 8 bulan, ummi masakkan ikan talapia goreng sambal plakk. alhamdulillah, Rania boleh terima. cuma tu lah, sejak dah ade deria rasa masam dan pedas ni kemain, semua menu pon disebut pedas, masam..
walaupon mulut sebut pedas, masam.. tapi ummi laju je makan.. hiks. sedappp erk ???

just tumis bebawang macam biasa, letak sikit cili kisar dalam sesudu kecik je, tomato, buah kurma untuk rasa manis kuah. sayur letak carrot.. sekarang ni, kalau nampak sayur, dah pandai sebut sayur. mula kenal yang mana sayur dah. laju je sebut. nak2 kalau nampak iklan KFC di tv.. "ayamm..." jelas dan tepat sebutannya.

tadaaaaaaa inilah menu Ikan Talapia Goreng Sambal. letak sambal sebelah je. pastu ambil isi sebelah dalam bagi Rania. kuah tu just gaul sikit2 je bagi basah2 nasi. 


pandang2, jeling2 nengok ikan tu haaa. tak sabar lettew

haaaaa.. kan dah kata.. nampak ummi letak ikan, laju je tangan tu.. 


ikan talapia yang sedap dimakan. dulu2 iols tak makan ikan talapia ni. kene basuh dengan abang sepupu masa tu. katanya ikan talapia sedap, manis isi die. rugi lah tak makan. kebetulan plak masa tu ayah iols memang ade bela ikan talapia ni. sejak2 tu terus suka makan. cumanya kalau goreng, suruh mak goreng garing. pastu kalau buat  sambal, jangan siram terus, nanti ikannya lembik, iols tak suka. ikan talapia adalah satu2nya ikan air tawar yang iols makan sekarang ni. lain pada ni memang tak makan. macam keli ke, haruan ke, patin ke loma ke dan yang sewaktu dengannya. nasib le dalam  family in law my biras pon ade sorang tak makan ikan sungai ni. hiks. exlist ade juga geng, kan!!! tak de lah iols keseorangan. hik hik hik sebab family in law semuanya makan ikan sungai. memang makanan dorang 
 maklum lah duduk area sungai perak, kan !! memang mudah la dapat ikannya. 


besar ikan talapia ni. isinya lembut, lembap.. puas makan. syaratnya kene basuh bersih2, baru iols boleh makan sepuasnya. 

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Ikan Talapia Goreng Sambal Menu Rania hari ni..."

Pndai ye rania mkn pedas..afia masa sebaya rania bnda taknpedas pun nmpk kaler merah terus taknak kata pedas.hehe..

Sy apa jenis ikan pun makan.takdenya memilih.hehe

Saya pun tak makan ikan talapia tapi selalu termakan sebab bila dah dimasak, ikan pun tak kenal!

Kalau dah tau itu talapia, memang saya tak sentuhlah Ciksu!

tak makan jugak ikan sungai sebab kadang ada ikan yang rasa mcm 'sampah' tu huuuu. tu yg tak makan sampai ke sudah

bagus rania, semua makanan boleh makan, anak akak suka ikan patin tempoyak, boleh tahan pedas juga tu tp mama papanya tak makan patin hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF