Genting Strawberry Leisure Farm..

GENTING STRAWBERRY LEISURE FARMS

No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2 
Bandar Gohtong Jaya, 
Genting Highlands 69000, Malaysia


kelmarin kami ke Genting Strawberry Leisure Farm. ajet-ajet nak petik strawberi lah kononnya.

tak sampai sejam pon perjalanan dari rumah. keluar awal, jalan pon tak sesak. target nak sampai ngam2 time masuk. selamat sampai sana jam 9:30 pagi. sempat isi perut dulu sebelum masuk. 

cepat, kan!! macam biasalah bila berjalan ke tempat baru, aci minta tolong dengan pakcik waze lah yek! barulah selamat tiba ke destinasi dengan jayanya. kalau tidak, pakai ke lain lah kot. ahahahaa ~_^

sebelum masuk, kat ruangan kaunter bayaran ade tugu ni haaa.. air sejuk yak mat.. rania suka nau dok celup2 jari dalam tu.. siap sebut "mandi.. mandi.." adeii 

ala ala pondok tu office deme.. 


sebelum masuk, di kaunter bayaran tu dah tanya, petik strawberi kena berapa. sekali budak tu kata, strawberi tak ada. hua hua hua. alang2 dah sampai ke Genting Strawberry Leisure Farm ni, masuk aje lah, kan !!! takkan nak balik.. walaupon kecewa sesangat :-( tujuan datang nak bagi rania petik strawberi. maklumlah rania dah mula kenal buah dan warna.

bayaran masuk RM8, untuk rania foc. kammi masuk juge sebab nak tengok apa yang ada kat dalam tu haaa.

bento untuk rania dan ummiayah.
makan dulu sebelum masuk. kang meracau lapau plakk, kan !! mana nak cekau.

selamat datang ke Genting Strawberry Leisure Farm. jemput lah masuk.. jangan malu-malu ~_^


Strawberi
buah strawberi langsung tak ade ok. 
tanya pekerja kt kebun tu, katanya dalam bulan ogos/ september gitu ada lah buahnya. 
kalau nak strawberi juge boleh beli yang dah siap dipetik atau yang dibuat kering. mana syiokk. i datang nak petik sendiri ^_^
sian rania tak da chance nak petik strawberi. in shaa Allah ade rezeki kita datang sini lagi. 

               

Taman Lavender
menarik dengan pelbagai warna dan bunga-bungaan yang ada. segar bugar kesemuanya. duduk dalam taman lavender ni rasa macam tau mau keluar sebab rasa tenang sangggatttttt. sejuk mata memandang!! 
ada bunga ros, lavender, daisy.  warna kuning tu tak tahu lah ape nama bunganya.. 




Food Court
tak dapat petik strawberi 
beli strawberi celup coklat dengan
strawberi milkshake. milkshake sedapppp.. kemain rania dok hirup.


selesai minum, jom cuci2 mata nengok souvenir plakkk

kedai souvenier
macam2 ada. ada bantal strawberi, key chain, teh strawberi, madu dll. 

Panda 
boleh lah bergambar dengan panda.. 
rania suka duduk sini. sampai ummiayah dah ke depan pon iye syiokkk berjongkang jongket lagi dengan panda tu. ehehehe. 



laluan sebelum keluar
kebun kat bawah ni ada lah nampak 2,3 biji strawberi yang berbuah tapi tak banyak.
sebelum keluar, ada port menarik untuk bergambar. jangan lepaskan peluang untuk abadikan momen2 indah di sini bersama yang tersayang kalau korang ke sini ~_^



selamat sampai sini jam12:30 tengah hari. lama tak lama lah berjalan tawaf strawberry leisure farm tu. gigih berposing itu yang makan masa lama, padahal tak de lah buat ape sangat pon. 

cuaca sangat baik hari tu. cerah dan panas.
tapi jangan risau sepanjang berjalan dalam kawasan strawberry leisure farm, laluannya berbumbung dan sangat selesa. 


pendek kata, lain kali nak pergi call dulu tanya dah musim strawberi ke belum. kalau belum, tangguhkan lah niat nak ke sana. kalau tidak jadi lah macam ciksu korang ni tapiiiii nasib lah dekat aje, kalau datang dari jauh, penat lah khennnnnnn ;)





Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Genting Strawberry Leisure Farm.."

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF