Rosdet TomYam lagi !!!

sejak2 dah jatuh cinta dengan menu2 di Rosdet Tomyam, memang ke sini lah port kami. tak lah selalu pon ke sini. tapi kalau diberi pilihan untuk jalan jalan cari makan, memang kami pilih Rosdet Tomyam je.

kenape kami suka makan di Rosdet Tomyam ? salah satunya sebab kebersihan kedai dorang. kedua dari segi kepantasan dorang sediakan menu2 yang diorder serta layanan dorang terhadap customer. asal nampak je customer duduk, ade lah staff dorang datang ambil order nanti. melainkan kalau kedai dah penuh dengan customer, korang kena lah angkat tangan terus panggil dorang. bukan ape takut dorang tak perasan pulak, kan !! nanti jenuh plak nak menunggu. tapi setakat beberapa kali ke sini, belum pernah lagi lah, order kami lambat diambil atau lambat dihantar. bukan setakat tu je, bab tandas pon saya suka. bersih. surau pon ade, luas. alhamdulillah (",)

bagi saya nak jaga customer, kena lah pandai jaga apa yang perlu dijaga. selain dari menyediakan menu2 yang menepati selera customer, bab kebersihan perlu lah di titik beratkan. ini yang orang akan perhatikan. nak2 bahagian tandas. sesiapa sahaja, kalau ke kedai makan, tandas pasti akan dicari. mana nak tahu, tengah2 tunggu order, tetiba sakit perut ke ape, kan !! mana nak larikkkk. tak kan nak larik gi kedai sebelah plak kan. lain lah kalau makan di mall. senang nak cari. ha ha ha.

cerita bab Rosdet Tomyam ni sebab semalam sempat lah singgah sini. wow !! makin berseri plak nampak Rosdet Tomyam ni. hi hi hi. maklum lah, dah lama tak ke mari. last hari tu, singgah sini tahun lepas kot kalau tak salah. balik dari kampung, tak tahu nak makan kat mana, terus ke sini. tapi tak de pon nak ambil gambar atau peghati sana sini. sebab tengah lapar, kan ! dapat makanan, terus makan, pastu bayar, pastu blah lah. hi hi hi. sekali pandang macam ade perubahan lah. ke saya yang tak perasan sebelum ni.

warna warni. ceria sangat. susunan meja still sama & masih selesa untuk customer keluar masuk. contohnya macam kami, kalau susunannya macam ni, kami akan pilih meja yang hujung tepi dinding. senang ! nanti kalau customer lain datang dorang boleh duduk di meja tengah atau depan sekali. so, tak mengganggu lah nanti. 

terang menerang dengan cahaya lampu. staff dorang yang baju hijau tu, rasanya dah lama keje sini. sejak pertama kali saya makan di sini, dia dah ade.

meja makan yang sentiasa penuh dengan customer. bersilih ganti. meja belakang, kiri dan depan saya pon penuh sebelum kami melangkah keluar. 

macam biasalah, air sampai dulu. order air asam boi dengan jus mangga. kononnya jus mangga nak bagi dekat Rania, dah siap bagitau jangan letak gula. sekali terlupa pulak nak bagitau jangan letak ais. sudahnya jenuh le kaut ais tu keluar. alang2 Rania tidur, umi lah yang habiskan jus mangga tu sensorang. 

order nasi paprik + nasi daging merah 

nasi paprik my pebret. lepas makan berapi mulut2.. tapi layannnn juge (",) orang depan tu entah ape mimpi pon tau tetibe nak makan nasi daging merah plakkk.. dua mangkuk kuah sup kosong. tak ade rasa. tawar je. sekadar hirup untuk kurangkan pedas. boleh lah.. 

somtam Rosdet Tomyam pon saya suka. paling win sambal belacan dorang lah, kan !! sebagai pelengkap rasa setiap kali menjamu selera di Rosdet Tomyam ni. sambal belacan ni korang memang akan dapat kalau order menunya ade nasi. 

order juga nasi putih dengan telur dadar untuk Rania. tapi Rania baik punya bagi kerjasama. dari mula masuk kedai, sampai umiayah sudah makan, Rania baik punya lena. sudahnya umiayah cuit sikit, pastu tapau je lah. dah kenyang snagat dah habiskan pon. 
 

dah kenyang, jom lah balik. sebelum balik sempat lagi... 

area sini dah lain. sebelum ni ade meja bubur berlauk. dorang dah ubah kedudukannya. meja bubur berlauk duduk sebelah kiri laluan nak ke sinki basuh tangan. tempat ni dorang besarkan jadi tempah bancuh air.. dulu space untuk tempah bancuh air ni kecik jek. ni siap gantung mangga lagi. 

ade siakap di luar pintu masuk.. kalau ikan gini, suami lagi suka kalau ke Aroma Ikan Bakar Jeram nun. lagi best katanya, ikan fresh pastu duduk tepi laut. tapi saya teringin nak try siakap kerabu mangga Rosdet Tomyam ni. bila2 ke sini, nak lah try juga. sekali sekala, apa salahnya, kan. nak merasa.. 

kerang

dorang ade letak meja di luar disebelah kiri sebelum masuk cuma kalau makan di luar, kurang selesa lah. kereta lalu lalang, berhabuk bagai. tapi kalau dah terpaksa, duduk aje lah, kan !! 

Rosdet Tomyam berlatarbelakangkan KLCC

p/s: lagi satu, itu pasal entry ni banyak nau gambar. ape yang penting "kerjasama". terima kasih Rania. dah lama umi tak snap pic bebanyak macam ni..

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Rosdet TomYam lagi !!! "

Memang selain dr makanan..tahap kebersihan dan servisbyg tiptop akan buatkan kita ulang makan tempat yg sama.nmpk bersih betul restoren ni.patt la ciksue suka.nmpk menu makanannya pun macam ok

Aha, sejak baca tentang Rosdet Tomyam di sini kot (kalau saya tak silap) bukan main teruja saya nak ke sini. Itu pun lepas makan tahunlah, CikSu ^_^

Setakat ni saya dah pergi sini 4,5 kali kot tapi belum sekali pun masuk blog. Rasa-rasanyalahkan!

Boleh tahan makanan kat sini. Saya suka!

Rania punya makan kat rumah ajelah ye:)
Dah malam dan tak lapar itulah dia lena agaknya.

Jom sertai giveaway kami http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html, banyak hadiah menarik untuk dimenangi.

memang tempat makan feberet ciksu ni kan, teringin nak try tapi macam jauh ler pulak

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF