Sagu Gula Melaka..

Teringin pulak nak makan sagu gula melaka. dan2 tu juga buat sebab semua barang memang sedia ada dah. sesambil tu boleh lah up entri. ekekekeke. rasanya belum ade entry sagu gula melaka dalam blog ni lagi. asal menu sagu, mesti iols suka makan. termasuk lah kuih sagu letak kelapa parut tu. nikmatnya kalau dapat makan. nak2 makan time sejuk.. perghhhhh (",) 

sagu gula melaka ~ sedap dimakan bersama susu cair. lepas siap semua, cedok isi letak dalam bekas macam bawah ni haa.. pastu letak kat freezer, konon nak bagi sejuk lah kejap. sekali, boleh terlupa.. sedar2 nak makan, dah jadi macam eskerim plak. hiks. tapi tetap sedapppppp oke.. 

sagu gula melaka ~ makan dengan santan pon sodappppp. so, terpulang nak yang mana sama ada gune susu cair atau santan. dua2 pon sodappp.. 
dessert sagu gula melaka lah paling senang nak buat selain koktel buah, kan !!! bila makan sagu gula melaka ni, ibarat makan cendol lah juga. hiks

sagu
rendam sagu 
didihkan air + daun pandan.
masukkan sagu + gula pasir + pewarna.. 
kacau sampai sagu nampak putih.
angkat, tos dan lalukan bawah air paip, 
masuk dalam bekas kegemaran,
 sejukkan dlm esbok.

air gula
 air + seketul gula melaka + gula pasir (ikut mania yang disukai)
didihkan + daun pandan
tapis, sejukkan

nak makan dengan susu cair just satukan sagu, air gula.
kalau nak makan dengan santan cuma tambah garam sikit, letak sagu dan air gula.. 

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Sagu Gula Melaka.."

Nani baru makan ni dua tiga hari lepas. Sedap !

Memang sedap ni ciksue..en suami suka sgt..sy klu buat memang gabungkan kuah santan dan susu cair..baru meletop

Sedapnya, Ciksu! Tiba-tiba pulak teringin nak makan juga. Ni bulan-bulan puasa ni, kalau buat dessert sedap juga!

sedap tu,akak pun pernah buat sekali je la hehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF