Acar Limau Sedap, Pulut Udang Sedap, Pelam Telur & Bunga Cempaka

Balik kampung, kalau tak bawa stok makanan tak sah lah kan!!! pelengkap katanya. itu pon tak sempat nak beli ikan gelama masam. puncanya kemalasan nak keluar ke pekan sebab panas. so, bawa balik ape yang ade jek la. 

Acar Limau Sedap ~ mak sedara buat, mak jual. ade yang RM4, ade yang RM5. 
termakan waktu sahur. sedapnya lahai makan dengan nasi panas2 dengan ikan gelama masam. 

Pulut Udang Sedap ~ beli dengan jiran kampung sebelah. 5 biji RM2. sebelum balik mak kasi golek2 kejap dalam pemanggang ajaib. sedap sebab cukup rasa. pedas2, lemak2 :-) sekali makan 5 biji pon tak terasa.

Pelam Telur ~ hajat diati nak buat jeruk pelam lah, sekali bijinya dah keras. gayanya kene buat cicah atau asam cabai je lah

Bunga Cempaka ~ rasanya kan dah lama sangat tak bau dan pegang bunga cempaka ni. dedulu selalu jugak dapat sebab rumah mak sedara ade pokoknya. tapi sejak dorang dah pindah, memang tak de dah. ini pon mak ambil di rumah geng ngaji. suka letak dirambut. wangi je baunya. bagi ke Rania habis di leraikan bunga2 tu. dalam uncang ni tok bagi umi, umi simpan dalam handbag. bila buka harum semerbak baunya !! 


Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Acar Limau Sedap, Pulut Udang Sedap, Pelam Telur & Bunga Cempaka"

hhoho pecah air liur tengok gambar ni.. ada antaranya feveret saya tu..


Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

Pencarian Hp Baru HTC Or Lumia? article...

Bunga cempaka tu....lama tak jumpa...harumnya sangatlah semerbak..

Terliur tengok pulut udang. Baru ni beli tak berapa sedap. Mempelam tu pehhh. Sini pun musim mempelam. Cicah dengan sambal kicap memang layan :D

Acar limau sedap...pernah makan sedapnya...geng dgn nasi panas alahai...

Untung balik kg ni...mcm2 ole kita dpt

pelam telur! dah terasa -rasa kat tekak. hihihi

Kalau balik kampung tak bawa 'bekal' bukan balik kampunglah tu namanya, CikSu. Saya yang jarang balik ni pun kalau balik bukan main lagi order kat kakak itu, ini. Sampaikan penyapu lidi pun nak beli!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF