Bengkang Ubi Kayu, Kuih Bakar Kemboja & Coklat Moist Cup Cake

hari tu, sebelum singgah ke Rosdet Tomyam, kami ke Jalan Tar. asalnya nak ke ST je, sekali tutup lah pulak. alang2 lajak ke depan lagi sebab nak kedai kedai ST yang dekat jalan TAR tutup ke tidak. sekali terlepas pandang, terus lajak ke depan. alang2 dah lajak ke depan, singgah la kejap pasar malam Jalan TAR tu haaaa.. dah lama tak mai sini. last datang  time pregnant hari tu.. ni Rania dah pon masuk 1tahun9bulan. lama, kan !!! salah satunya sebab malaih nak bersesak dengan orang keliling.

ingatkan tak ramai lah orang. sekali penuh sesak. orang shopping raya gamaknya. sogo, muaz dan kedai2 kiri kanan depan belakang, dibanjiri umat manusia.. sungguh tak sangka, dalam dok kena GST pon, rakyat tetap berbelanja dengan jayanya.

jalan2 cuci mata, sesambil mencari barang. pastu beli kuih muih ni sebab teringin nak makan. dua jenis kuih muih ni, cuma RM6.

bengkang ubi kayu yang sedap. sedang2 elok je manisnya. dapat 4 keping. yang garing2 ditepi tu yang sedap dimakan.

kuih bakar kemboja pon sedap. saya panggil bahulu kemboja. hiks. cukup manisnya, lembut, lemak berkrim. memang sedap. masa beli pon, ramai orang membelinya. dorang jual sebiji, pastu boleh minta dorang potongkan sesiap. senang nak makan. 

time dalam lif nak naik ke rumah, ade sorang staff ni bagi coklat moist cup cake dekat Rania. sorry la kak, Rania tak boleh makan, ummi yang tolong makan. terlajak moist.. sedapppp sangat.. 

Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Bengkang Ubi Kayu, Kuih Bakar Kemboja & Coklat Moist Cup Cake"

Bingka ubi lama betul kakak tak buat.
Ni nak ramadhan tak lama pilih ajelah semua kuih mesti kita akan jumpa CikSu:)

Semua tu feveret Nani jugak. Hehehe. Sedapnya !


ye sue.... mungkin masing2 malas nak soping time puase...tu masing2 buat pecutan akhir sebelum ramadhan nieh...mcm akak laa..dah settle semua...legaaaaa.... yg petning utk anak2 ni hah.... kite2 ni nanti bile2 pun leh pi....

sedap kuih bingkang ubi tu sue...akak pun suke mkn yg tepi2 tu..garing2 tu yg sedap.....kuih org lama gitu...

lama tak nampak kuih ubi tu..hehe..sedap~~

Sedap ciksue klu dpt yg betul2 kena selera tekak..kadang nmpk je cantik bila makan hampeh rasanya. Kira rezeki ciksue la dpt yg semuanya menepati selera

Saya lagilah lama tak pergi pasar malam Jln TAR tu, Ciksu. Sejak sebelum kahwin lagi. Sebabnya itulah, malas nak berasak-asak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni pulak, asyik aje nak berpiketlah, tunjuk perasaanlah, tunjuk t-shirtlahkan, lagilah malas nak pergi!

Kalau saya pergi pun, memang kuih bakar nilah yang saya cari. Dulu-dulu suka beli nasi tomato dan kacang kuda goreng pedas-pedas tu.

Eh, saya baru aje up cerita Rosdet, Ciksu! Perginya dah lama sangat ^_^

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF