Kesilapan Diri

Dah puas tanya kengkawan, tanya pakcik goggle. Mana nak mencari spare partnye. Kalau ade pon just battery and battery cover. Untuk lcd tak de pon. Kalau hp brand lain inshaa Allah boleh lagi ditukar lcdnya sebab banyak pilihan. Cuma siap duit lah. Harga ganti lcd, kadang sampai boleh beli hp baru, kan !! tapi kalau dah sanggup labur sebegitu, pasti ade sebabnya. 

Nampaknya rata-rata jalan yang diberi beli hp baru. hp baru bukan masalahnye. Masalahnye macam mana aii nak ambil ke semua gambar-gambar tu. Silap ayah Rania lah ni. Boleh ke aii tanya kenape tak pasang memory card. Katanya dah memory externalnya besar, so, tak payah lah pakai memory card lagi. Part nak buka battery covernya pon kemain payah. kene guna syiling 5 sen tu haa, baru bole buka. cara aii lah. aii sendiri pon tak perasan yang hp ni suami tak pasang memory cardnya. padahal bulan mac aritu, masa balik kampung sebulan, aii memang tukar gune hp si putih. terpakse tukar sebab hp ni, kat kampung aii, boleh takde coverage. heran sungguh. 

Tak puas hati tanye lagi, kenapa beli hp ni sebelum riki. Katanya murah, pastu specnya tinggi. so, dok budjet boleh pergi jauh la. tup-tup entah mana silapnya, ninetology tak dapat nak bersaing dengan yang lelain, itu yang terkubur. memang ade kedainya di low yat. entah bila tutup pon tak tahu lah. rasanya kalau hp ni tak jadi gini, sampai sudah lah tak tahu yang dorang tutup kedai. Lagipon memang tak dijangka nak jadi macam ni. Bila dah jadi, memang nganga lah jawabnye, kan!! 

Balik, balik.. soal.. Mengapa??? Kenapa???

Macam-macam lah idea si isteri ni bagi ke suami, supaya diusahakan juga untuk dapatkan kembali gambar2 tu. tapi semuanya hampa belaka. dah cuba call orang yang nak jual hp sama, walaupon dah berbulan iklan dibuat. bila die kata dah sold out. perghhh !! lagi la sadis. padahal sebelum tu dah berbunga-bunga. xlist dah cuba puaskan hati. 

Ini lah die pengarang si jantung hati. Asalnya ini hp suami. Tujuan beli pon sebab nak guna
untuk urusan kerja. Disebabkan aii yang suka meminjam nak ambil gambar, suami bagi lah  ke aii. haaa, amik lah untuk dilenjan. rasanya ngam2 setahun lah gune. sebab bile check balik gambar lame lame di hp si putih, tertera tarikh akhir di gunakan. cukup pakej pulak tu, cukup setahun bateri kembung, lcd pecah. semuanya silap diri sendiri. 



Dah tanya servis & repair, masalah utama spare partnya tak ade. centre dah bungkus, so, apa lagi cara yang ade. nak try cucuk di laptop, suami kate mana boleh detect. tetap nak usaha lagi, kebergantungan aii hanya pada Allah, moga ada keajaiban di bulan yang mulia ini. aamiin. aamiin. aamiin.

Any idea ??? pleaseeeee..


Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Kesilapan Diri "

cik sue cer try transfr by usb cable..hp cik sue ni auto transfr tak klo cucuk usb kable ...

Kakak ni bab electronic memang zero CikSu
Memang sayang gambar-gambar anak dara cute tu mesti banyak sangat kalau dah setahun guna. Cuma yg kakak kesal kenapalah tak didownload kat laptop ke, pendrive ke, atau ada org buat photobook lagi. Kakak dpt rasa terkilannya tu.

Apa pun kena cuba jugalah apa cara pun - sayang kan.

salam ,alahai sian nya kka.. moga dipermudahkan

Terkedu sy ciksue..mitak maaflah memang takde idea..tak tahu camna nak bantu.maaf ye

tak sangka pulak brand ni payah nak dapat spare part..kalo gi kedai yang guna boucher apa tu ye untuk smartphone tu..mesti diorang rekeman smartphone ni

Yg paling sedih gmbr2 dlm tu...
klau dah x de spare part mmg susah..

Oh, alahai! Takda memory card pulak rupanya! Memang nasib betullah, Ciksu. Tak tahu macamana lagi nak beri idealah, Ciksu. Harap-harapnya ada kawan-kawan yang dapat membantu.

InshaAllah moga Allah permudahkan urusan ciksu ye, tu je yang dapat akak tolong, nak tolong yang lain2 akak pun tak reti, nama henfon ni pun baru pestime akak dengar huhuhu, akak tak reti pasal gadget nih ciksu

Asslmkm ciksu.. Alahai.. sian dengar ciksu mencari jlnnya..

rupanya xberapa ok fon jenama ni ye.. sbb barang gantinya tiada..
patut la fon jnma ni jap je dgr dipasaran.

hurmm.. boleh cuba cari kedai di pertama kompleks tanya sana bnyk sikit kedai jual hp dr china ni..

or cuba contact mds telenetwork
https://www.facebook.com/mdstelenet/

Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

As salam ciksu, selamat berpuasa !
*huhuhu nasib sama yg zaza alami.. hp rosak ! semua gmbr xleh ambik.. tpi zaza tak pi hantar kedai lagi hehe. tak tau nape rosak..tiba2 xleh nak on. hope masalah ciksu dpt diselesaikan. In Shaa Allah.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF