Laksa, air tak da, apa pon tak boleh..

kalau masa adelya teringan nak makan nasi ayam, saya pulak teringin nak makan laksa lah pulak. ahahaha. puas pusing taman tasik titiwangsa tapi tak jumpe pulak laksanya. kalau boleh nak laksa yang di jual tepi tepi jalan je, tak mo laksa dalam kedai di mall sebab laksa dorang indah khabar dari rupa saje. huhuhu. nak buat sendiri di rumah, alahai kemain bercinta sebabnya masuk hari ni dah 2 hari air tak ade. time time air tak de ni lah teringin bende yang renyah untuk dibuat. aduh duh. bikin pening kepala betul lah ~

entah macam mane tetiba semalam, boleh pulak dok terbayang laksa utara. dalam mangkuk ade laksa then penuh dengan timbunan kuahnya yang pekat, likat. makan pulak dengan telur mata, letak cabai, siram kicap, perah asam limau. perghhhh!! menceceh air lior ni haaa. itu baru dok terbayang, kalau depan mata, tak tunggu lama dah, terus baca bismillah. hahaha ~

dah lah air simpanan pon makin berkurang. bila air tak ade ape pon tak boleh nak buat. semuanya tertangguh. hilang mood tau ~ huhuhu

esok, in shaa Allah, kita akan bertemu dnegan ramadan lagi. alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan akan datang. kesempatan ini, saya menyusun 10 jari mohon maaf, andai ada kata yang pernah tertulis di sini pernah mengguris hati dan perasaan kalian.

salam ramadan juga buat pengunjung blog QasehnyaRania dan selamat menjalani ibadah berpuasa dan ibadah sampingannya (",)

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Laksa, air tak da, apa pon tak boleh.. "

salam ramdhan ciksue , moga dipermudahkan segalanya

Amboi dasat ciksue punya mengidam..laksa ni memang susah la nk jumpa yg menepati citarasa kan..melainkan buat sendiri..to dh air plak takde..tahan la kejap mengidamnya tu nk buat cmna.hehe

puasa ni..tergugat iman baca..hehe

Alahai, CikSu! Terbaca entri ni di hari pertama Ramadhan. Terbayang-bayang dah laksa tapi takpa, saya nekad tahun ni tak nak membazir sangat. Kalau boleh nak minum air bergelas-gelas aje masa berbuka. Makan takda pun takpa. Untuk sayalah, anak-anak dan suami haruslah sediakan juga juadah berbukanya!

perghh...dah turut terbayang-bayang laksa yang digambarkan..hihi, cuba cari "laksa Jitra Mai" boleh membantu kot...seakan dah tang rupa dia tu :D

Ciksu.. Awat kerap xde air skrng kt sna.. Seram nya bila xde air ni kn..

Kita pun terbyng2 laksa. Nk bli kt sini bpe kli terkena yng x sdap. Manis. Xsuka btl. Nk buat ni kna btl2 nekad.

kan ciksu..bila teringin tu memang terbayang2 dan terasa2 didalam mulut kan, moga ciksu dapatlah makan laksa yang diidamkan tu ye

salam ramadan cik sue..mv pun teringin nk mkn laksa mak buat

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF