Tudung kanak-kanak


Laksa Lagi..

amboi.. amboi.. mentang2 lah sebelum puasa aritu ngidam nak makan laksa.. haaaa, ambik ngko, bulan puasa ni da tiga kali menu berbuka dengan laksa. bukan saya yang nak buat laksa ni sebenarnya. semua ni gara2 ayah Rania lah ni, ternampak ikan sardin fresh. terus dibelinya ikan sardin tu.. pastu suruh buat laksa. 

so, berbuka dengan laksa lah hari ni.. kali ni buat laksa kuah lemak. alhamdulillah, Rania
jamah juge laksanya. cumanya Rania nak ummi suap laksa yang dalam mangkuk umi, yang dalam bekas makanannya tak nak. bila ummi cedok laksa yang dalam bekas makanannya, mula tutup muka lah, tak nak lah.. ade je alasannya.. dah lah 2,3 arini buat perangai semacam je.. urut dada je memanjang >_< sabar je lahhhhhhh !!! 

berbuka dengan Rania je ari ni. ayah duty la pulak. 


6 Comments

  1. sy memg suka laksa,buln pose ni belum mkn lg laksa..mau raya kang cari laksa jugakkkkk

    ReplyDelete
  2. Rania ni bijak dia nak berkat makan berkongsi bekas jgn CikSu tak tahu
    Makan berkongsi bekas org tua kata kalau dah besar/dewasa kelak pun akan saling berkasih sayang terutamanya kalau adik-beradik. Walau dah berumahtangga akan tetap ingat adik-beradiknya. Baguslah ini lagi dgn umi...:)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya laksa lama tak.makan.sebab susah jumpa yg sedap yg kena dgn tekak

    ReplyDelete
  4. Laksa lemak ni mcm laksa Johorlah ek Cik Sue... Laksa laksa ni cik abe kita kurang suka . Tu yg kurang buat tu

    ReplyDelete
  5. sedapnya laksa lemak..tak pernah makan..

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin