Mee Kari dan Jus Nenas sedappppp !!

Hye ! Salam 19 Ramadan...

Mee Kari my favorite dish. selalu buat mee kari letak ayam dengan kerang. tapi untuk menu berbuka hari ni, saje buat mee kari gune daging pulak. ape rasanya ? sedap je.. orang berbuka puasa, kan ! letak ape depan mata semuanya sedap2 belaka. tak gituu. he he he. mee kari versi simple. bahan sampingan hanya ade tauge, sawi, bawang goreng, tauhu goreng. untuk Rania celur carrot dengan cauliflower (",)

langkah pertama...... 
rebus daging dengan air, halia, asam keping dan serai. tutup dengan tudung periuk. agak separuh empuk, tutup api. tunggu sejuk, simpan dalam esbok. nak asingkan bahagian lemak dengan air rebusan daging. mudah nanti nak masukkan dalam kuah mee kari. 

langkah kedua.......
tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, daun kari bersama bahan kisar (bawang merah, putih, halia, serai, lengkuas, udang kering). biar garing, masukkan rempah daging. tunggu sampai pecah minyak, masukkan daging yang direbus tadi. gaul bagi mesra.
masukkan air rebusan daging dan kentang yang dipotong dadu. 
masukkan santan secukupnya. 
perasakan dengan kurma serta garam. sebelum masukkan garam asingkan dulu untuk Rania.

tadaaaaaaa...... mee kari dan jus nenas. juadah berbuka kami

jus nenas | nenasnya manis. dari sarawak
 katanya. just tambah air dan gula sebagai pelengkap rasa. jus nenas juge boleh legakan batuk. cube lah. in shaa Allah, dapat membantu. 



Menu berbuka 19 Ramadan
~mee kari, jus nenas, tembikai susu, kuih, sayur (cauliflower & carrot)


Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Mee Kari dan Jus Nenas sedappppp !!"

Lama dah tak masak mee kari...air nenas tu alahai..terasa-rasa pulak kat tekak..hihi.. :)

Rajinnya buat mee kari...sedapnya

wah..boleh cuba ni nanti..syrupp!! telan air liur dulu

Mak oii sedapnya..telan air liur je la org berpantang ni.haha

selama tberpuasa dan berbuka dan bersahur...haha...

saya suka mi kari letak daging & kerang..rsa kerang tu buat mi kari sedap..
lama x minum air nenas..ngancam la

Sedapnya makan mee kari.. Tapi kita xle minum jus nenas..
Lidah xle terima.. hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF