Nasi Beriani Kari Kambing & Nasi Beriani Ayam Golek

Nasi Beriani menu waktu berbuka puasa pada hari ketiga dan ketujuh. gune beras basmathi faiza. sekali masak 4 cawan. kiranya masak 4 cawan just ngam2 untuk berbuka dan bersahur. senang sekali harung. masak nasi beriani ni pon, ikut arahan di belakang paket rempah, tak de lah beria tambah itu ini, pastu adjust lah sesuka ati. selera tekak anak beranak, kan !! 

Masak nasi beriani guna rempah beriani Faiza. buat kari kambing pon gune rempah Faiza. sejak2 kenalkan rempah ratus dekat Rania, memang keluaran Faiza yang jadi pilihan. berselera Rania makan. Rania cukup suka makan kari ayam, gulai ikan dan kurma telur/ ayam. setakat dok bagi makan menu berempah ni kira sesuai lah dengan Rania sebab tak de alahan, ceri beri dsbnya.. rasanya start intro menu berempah selepas usia Rania setaun lebih gituu la. 

Nasi Beriani Versi Baby ~ tumis bawang merah, putih dengan olive oil sampai wangi, masukkan rempah beriani (garing), masuk air, susu segar, beras. kacau sebati kendian transfer ke rice cooker dan masak macam biasa. dah masak renjis pewarna kuning dan letak kismis 

Kari Kambing ~ tumis bahan tumbuk (halia, bawang merah, putih, daun kari) dengan olive oil sampai naik bau, pastu masukkan rempah kari daging, biar pecah minyak, masukkan kambing, tunggu sampai air kambing kering, masukkan air, tutup tudung.. biar sampai daging empuk. daging empuk letak kentang, kurma, yogurt asli. pepandai lah rasa.


rania boleh makan kari kambing ni sebab tak pedas. cumanya daging kambing rania tak jamah. kutip kentang dengan nasi jek. 

sejak bulan puasa ni, Rania makan gitu2 je sebab tak de geng makan bersama. Rania 
kalau nak makan kene berteman. suka sangat kan, time makan, makan bersuap dengan ummi. kejap rania suapkan ummi, pastu ummi suapkan Rania. 

rutin makan Rania bulan puasa macam biasa, cuma kene kerap bagi makan tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit. sebelum puasa Ramadan, ummi dah try test puasa bulan Syaaban hari tu, memang Rania akan makan bila ummi makan. kadang tu sanggup tengah makan, Rania akan datang suap makanan. jenuh la nak tepis. bila nak suap siap tiru style ummi suap Rania. "makan..", "dapp..dap..", "nakkkk.." ahahaha. bertabah lah layan kerenah Rania. 

pepagi bangun tidur, bagi susu kambing dengan oat. tengah hari sama ada buatkan nasi + sup, nasi goreng, yogurt, buah, roti, kuih, fries atau mee, bihun, spaghetti. ape ape je, asalkan Rania jamah makanan tu. dalam esbok memang sentiasa ade makanan lain selain nasi. untuk rencah macam tomato paste, tomyam paste, stok ayam, memang buat stok frozen. buat macam baby dulu. asal nak gune, ambik je sebekas. ngam2 untuk Rania makan. sebab menu nasi, comfirm Rania makan tak habis.

 petang time berbuka, Rania lah paling kalut. kalau taun lepas, koi 6:30 petang dah siap2 suapkan Rania makan. taun ni, nampaknya Rania pilih untuk berbuka bersama ummiayah. tak kisah lah, asalkan Rania mau makan. 

nasi beriani ayam golek. kali ni renjis pewarna kuning lebih sikit. baru nampak meriah warnanya, kan!! untuk yang ini letak kurma sebab stok kismis dah habis. 


Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Nasi Beriani Kari Kambing & Nasi Beriani Ayam Golek "

Tak pernah lagi try masak nasi beriani..
satu hari nant nak try laaa

Lama betul akk tak singgah sini. Anak dara ciksu pun dah besar. Best la mama dia pandai masak. Boleh makan sedap sedap

Senang nak menggayakan makan buat Rania kalau macam itu
Cuma kalau berteman dia lagi suka

Sedapnya nasi beriani, Nani tak pernah buat sendiri. Selalu beli aje

awat besar bebenor tulisan blog cik sue ni?hihi

sdapnya nasi arab..:)

Assalamualaikum CIk SU,.. Selamat berpuasa buat Cik Su dan keluarga.
wahh sedapnya nasi beriani :)

terliur pulak tgok nasi beriani ni..

Baguslah Rania ni. Semua pun boleh hadam. Tak susah nak beri makan. Asal masak aje tentu anak suka. Air tangan umi kotnya...

Sedapppnyer....dah besar dah rania

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF