Rezeki Ramadan

Hye ! Salam 16 Ramadan..

alhamdulillah, dah masuk fasa kedua di bulan ramadan. makin hari makin cepat rasanya masa berlalu. ramadan makin hampir ke penghujungnya, kan!! hu hu hu

entry ni just nak kongsikan senarai stok makanan yang dibawa balik ke kl. kalau balik kuale lain pula stok yang diangkutnya. dari awal lagi dah bagitau suami balik kuale nak cari doyan. nak buat stok tempoyak. yang lama dah habis. so, ini lah hasil yang diidam2kan oleh cik isteri. alhamdulillah, last minute order, dapat hasil  yang berbaloi dengan harganya.


isinya yang menjadi pojaaannn. selain untuk dibuat tempoyak, berangan dah nak buatkan Rania eskerim doyan homemade, doyan crepe dan serawa doyan. jadi ke ?? haaaaa.. tunggu tengok lah nanti camno ye :p 

timun yang jatuh harganya. kawan my biras bagi sebakul besar untuk diagih-agihkan kepada sedara mara. terung hasil tanaman my biras.


jagung. balik kuale stok jagung tak pernah tak beli. mesti beli. 9 tongkol jagung lima inggit jek. stok kudap2 untuk anakku sayang, Rania.


mee kuning dan kue tiow. produk muslim yang diusahakan oleh hajjah jiah dan anak2. selalu beli di tempat memproses meenya di kampung bendang panjang hilir sebab dekat je dengan rumah family in law. memandangkan paginya hujan, jadi, agak lewat ke rumahnya. dah tutup. terpaksa beli di kedai dengan harga RM1.50.

ikan bilis pangkor. stok lauk untuk sahur. pepagi bangun makan nasi ptih, goreng telur mata, ikan bilis dengan bawang dan cili. pastu curah kicap.. haaaa, baru terbeliak biji mata suap nasi. kalau tak makan nasi, just minum susu dengan oat. jadi lah kan.. 


ikan
 talapia ~ mesti beli sebab kesukaan kami anak beranak. suami beli 3 ekor. boleh lah masak sehari sekor, kan! ikan talapia pebret Rania juge. selalunya akandikutip ikan dulu, kendian baru jamah nasi. pon boleh lah.. 
Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Rezeki Ramadan "

Banyak hasil tangkapan dari kampung tu ciksu. Meriahla menu masakan minggu ni. Ai seminggu lbh je lagi ni.. kena rajin masak habiskan stok ye.. nati nak balik kg beraya pulak..

Betul-betul rezeki berganda-ganda ni CikSu
Kakak geram tengok sayuran yg fresh tu:)

wah alhamdulillah banyak stok makanan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF