Teringin Sambal Belacan Punya Pasal

Sambal Belacan| pagi tadi sebelum suami keluar ke pasar, dah pesan sesiap. belikan cabai merah dan cabai burung lebih sikit sebab nak buat sambal belacan. serius, dah lama benau tak buat sambal belacan di rumah ni. selalu kalau nak makan sesangat beli je kat gerai area pasar keramat. isi dalam bekas dadih. baru seringgit sebekas. jadi lah kan. nak makan berdua jek. nak tumbuk, nak beli bahan basah macam mahal pulak. padahal nak makan sikit jek. alasan sangat, kan!! 

orang kata just nak bagi rasa pedas2 sikit je. bagi berasa bila makan nasi tu. lagi satu sebab bf Rania lagi, kan. so, takde lah beria mana nak menyicah sambal tu. sepanjang bf Rania ni, bab makan memang saya jaga. lagi satu ais batu memang tak ambil. walaupon kekadang tu curi2 juge letak air dalam esbok. nak bagi rasa sejuk tu. ahhhaaaa.

menu berbuka puasa 22 ramadan | buat sambal belacan. pajeri terung pebret suami. ikan talapia bakar. ayam goreng gune gadjet baru. alhamdulillah. hp rosak, Allah gantikan dengan yang lain. rezeki juga, kan !! selain tu, ade juge bendi rebus. tak lupe sup sayur untuk Rania. 


Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Teringin Sambal Belacan Punya Pasal "

Kakak kalau buat sambal belacan lebih sikit CikSu.
Simpan dlm petiais tahan utk 2-3 hari.
Memang best apa lagi kena ulam pergh!

Meriah juga menu berbuka umah ciksue ni ye walaupun yg puasanya berdua je.hehe..

Kt rumah ni memamg dah bertahun tak bersbal belacan..kadang2 je mkn klu beli.nk buat memang tak terbuat..sbb sy pun tak minat.huhu

sambal belacan pun memang febret MV,,,biasa buat banyak letak dalam peti ais

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF