Tudung Instant Naazneen Faiqa lagi... Tudung Instant ERYNA (",)

kali kedua beli tudung dengan blogger kak neen. walaupon dah pelbagai jenis koleksi tudung dan shawl yang kak neen release tapi i hanya terpaut dengan koleksi tudung instant kak neen. salah satu sebabnya material yang kak neen pilih buatkan aii jatuh hati nak beli lagi, lagi dan lagi. serius cakap, sangat selesa pakai tudung instant kak neen. i ni jenis kalau dah suka, hari2 pakai pon tak de hal. itu sebab beli 2,3 helai terus. senang. kang beli selai, pastu suka, bila nak tambah lagi, tetiba colour yang diinginkan tu dah sold out.. haaaa.. memang menangis tepi bucu katil lah jawabnya !!! ini kes masa tudung naifah dulu lah. sempat grab 3 color  jek. pastu mula lah MENYESAL.

selain senang untuk dipakai, mudah untuk diuruskan, tudung instant kak neen ni, memang ngam2 lah dengan bentuk muka saya. MEMANG TAK PERLU GUNA PIN BAWAH DAGU. hahaha. jimat duit tak payah beli pin!!! tudung pon tak cepat berlubang sebab pakai pin sokmo. ekekeke.

kalau korang jenis yang suka tudung versi shawl, meh tengok koleksi lebaran 2016 Naazneen Faiqa. cun2 semuanya. nak yang berdokoh atau plain, terpulang !! pilihan di tangan memasing. shawl kak neen jenis halfmoon, so, memacam gaya boleh buat dengan sehelai shawl tu. berbaloi sangat. saya ni minat juga shawl halfmoon tu, tapi tu lah, masih bf Rania, so, macam terbatas sikit bila bershawl ni. nak bergaya tu boleh jek cuma saya sendiri tak berapa selesa. citarasa memasing, kan!!

tapiiiii .. tengok lah.. mana tau esok lusa tersuka tanpa sengaja ke kan.. boleh lah grab selai dua. ekekeke. buat pakai time ghaya haji, kan!! time tu.. in shaa Allah Rania pon dah stop bf. (doakan lah semoga dipermudahkan hendaknya. memang target nak bf Rania sampai usianya 2 tahun @ 10/8/2016)

tudung instant ERYNA.. maroon, grey, dark blue

model cilik QasehnyaRania. bakal tahfiz muda.. aamiin.. aamiin.. aamiin 


cantik terletak, selesa dipakai, labuh tutup dada dan belakang 
suka pakai ketika travel sebab bf friendly 
no need pin.. i love it... 

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Tudung Instant Naazneen Faiqa lagi... Tudung Instant ERYNA (",)"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF