My Homemade Biskut Raya 2016

tahun ni last minute buat biskut raya. ala.. macam lah tahun2 sebelum ni buat awal, kan !! padahal buat last minute juge. hiks. kalau ikutkan perancangan awal, ayah Rania bagitau die kene duty raya. so, wat lek wat peace je lah. dok ingat boleh lah pelan2 buat biskut raya sebab comfirm akan balik selepas raya. tak payah nak kelam kabut sangat. 

tup.. tup.. ayah Rania bagitau, kata tak jadi standby pulak. haaa.. sudah.. mau tak kelam kelibut pi beli barang. hari rabu beli barang, hari khamis belum buat ape2 pon lagi. maklum lah nak menunggu aura mengukis tu datang, kemainnnn lagi haaaa.. ade aje alasannya. 

tak boleh jadi, pepagi jumaat bangun awal siapkan cornflakes madu. memula siapkan setengah kilo, lepas siapkan makanan Rania, sambung lagi buat cornflakes madu setengah kilo. dalam masa sehari settled cornflakes madu. lepas tu buat biskut jejari coklat. esoknya sambung buat almond london & biskut sarang semut. tertengok majalah lama, terberkenan dengan biskut ferrero malaysia. check bahan semua dah ade. so, on je lah. awal pagi senin baru celup coklat. dalam masa 4 hari berjaya juge siapkan 5 jenis biskut. alhamdulillah. kira banyak juge lah tu. mana nak melayan kerenah Rania lagi. kemas rumah, itu ini.. settled lah juge biskut raya 2016 serba sikit. cukup lah untuk 3 keluarga. selebihnya buat untuk buah tangan bagi mak sedara..

hari isnin dekat jam 11 pagi barulah settled semuanya. siap kemas rumah, kemas diri, angkut beg.. lebey kurang jam 12:30 tengah hari, gerak balik kampung.. singgah perak sekejap. selepas Asar gerak balik Kedah. hari ke 29 ramadan berbuka di hentian R&R Juru. menu juadah berbuka beli di PARAM dekat Taman Bunga Raya Kuale Kangsar.

1) Cornflakes Madu

2) Biskut Jejari Coklat

3) Biskut Sarang Semut 

4) Biskut Almond London

5) Biskut Ferrero Malaysia

nak resepi biskut  ke ??? kalau nak, nanti2 ciksu update k.. stay tuned.. daaaa 

Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "My Homemade Biskut Raya 2016 "

kami x buat kuih raya, busy thn ni.

Sekarang ni kalau buat utk Hari Raya Aidiladha pulak CikSU
Kakak raya lepas anak dara kakak yg buat.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF