Resepi Bebola Roti Goreng

Dapat resepi bebola roti goreng ni masa tengok ketuk-ketuk ramadan lah bulan puasa ari tu. sambil tengok sambil salin resepinya. dah berangan-angan nak buat untuk menu berbuka. kesemua bahan-bahan yang disebut dah sedia ade di rumah. senang. 

Untuk percubaan ketama kali saya tak goreng bebola roti ni menggunakan minyak tapi guna air-fryer. agak tak berapa menjadi lah sebab teksturnya jadi keras. tapi tak de lah keras macam bola, cuma untuk Rania tak sesuai lah nak gigit-gigit. untuk saya makan okje. ikutnya nak goreng tapi dah big boss soh letak dalam air-fryer. i ikut aje lah. try and error katanya. 

Kali kedua buat goreng jek. rupe dan teksturnya lagi cantik dan sedap dimakan. dah macam makan cekodok je rasanya. macam bergedil pon iye jugak. oh ya, jangan risau ye, sebab bebola roti ni tak serap minyak.. 

Ni resepi bebola roti goreng, mana nak tau kot-kot uols pon nak try, kan !! silalah buat, sedappppp oke. tak rugi mencuba.. hiks ^_×

Bahan-Bahan
14 keping roti -roti menggali koyak menjadi kepingan kecil
2 biji telur 
3 biji cili merah/ didadu
1 biji bawang besar/ didadu 
sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus 
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub pati ikan bilis
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
masukkan roti ke dalam mangkuk
pecahkan telur ke dalamnya
masukkan cili merah, bawang, kiub ikan bilis yang dihancurkan serta daun sup/bawang
gaul dan ramas-ramas bagi sebati bahan-bahannya
perasakan dengan garam dan serbuk lada putih
gaul rata dan kepal menjadi bebola. buat lah sampai habis
goreng macam biasa
dah siap boleh cicah dengan sos cili.. bertambah-tambah sedapnya.. 

** masa buat untuk Rania ari tu, just skip garam dan kiub ikan bilis. cili merah saya gantikan dengan capsicum merah.
*** saya gantikan dengan ikan bilis yang ditumbuk. sedap juge. ade lah rasanya. lagipon umminya nak cicah dengan sos, kan ! Rania makan gitu-gitu jek. tak teruja sangat tapi kalau die suka, comfirm minta lagi, lagi dan lagi.. 

selamat mencuba ! 



Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Resepi Bebola Roti Goreng"

kalau berkerajinan blh try ni. hehehe

Rajin CIk Su mencuba.. sedap nampak tu.

comel je ko bulat2kan sue...ni budak2 suke mkn nie... akak biase buat cekodokroti jek...versi ni tak penah lagi...nantileh try ..sebab selalu jek ade lebihan roti kat umah nieh....

macam menarik untuk dicuba tu tapi anak2 akak ni sayur dan bawang tak suka makan pulak

Macam menarik dan mudah pulak CikSu. Rasa memang nak try jugalah dah semua barang yang diperlukan pun ada tersedia di rumah!

Wah bestnya..
Boleh cuba nie.. bahan pun mudah..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF