Balik Kampung Dan Selamat Hari Raya AidilAdha

Semalaman rania tak boleh tidur sebab muntah dan cirit. huhuhu. puncanya ayah iye pergi suapkan nasi yang rania tinggalkan siang tu. adeii. dah pesan jangan ambil nasi itu tapi kata itu ini, sudahnya sian rania, yang menanggung. pertama kali rania muntah banyak gini. sedey ummi nengok :( ummi pon tak tidur. risau kan rania jek. jam 4am muntah lagi, ummi buatkan air garam bagi rania minum. alhamdulillah, tidur sampai jam 9am. ummi masak bubur ikan jek pagi tu sebab nak bertolak balik kampung nanti.

Alhamdulillah, bangun tidur muka happy + ceria. ajakmandi, then makan. tapi tercirit sikit lagi. huhuhu. dah siap makan, baru bertolak balik kampung. lebey kurang jam 11 pagi ~_^

Naik aje highway, kete punya lah bersusun, dari tol duta sampai lah ke persimpangan keluar rawang, kete bergerak macam siput je. masa tu jam dah 12:30tengah hari. dah la panas, traffic slow, memang tak boleh tahan lah. sudahnya keluar ikut persimpangan rawang, guna highway LATAR, ikut laluan ke kuala selangor, guna jalan lama. biarlah jauh asalkan kete bergerak. huhuhuhu.

Atas highway LATAR lancar je, masuk je pekan Kuala Selangor, traffic mula slow balik, kete pon banyak. bertabah aje lah. nasib rania tak meragam. stok makanan memang sentiasa ade sebagai peneman. hiks. tak tahan, singgah Giant Kuala Selangor, solat dan makan2 jap. just nak hilangkan bosan rania yang duduk lelama dalam kete.

jam 345petang baru gerak dari Giant.. itu pon masih banyak kete juge. setiap lampu isyarat ade polis traffic yang jage. sudahnya sampai kuale, jam 8malam, ikut jalan lama. memang lama lah perjalanan kali ni. hewhewhew!

alhandulillah, sepanjang perjalanan dari key el ke kuala rania dah tak muntah and cirit :)

Tak lupe juga nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat pembaca blog ciksu. kalau ade yang nak balik kampung nanti, ingat.. hati-hati memandu. pandu cermat jiwa selamat. ingat mereka2 yang menanti di kampung.

selamat malam ~_^




Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Balik Kampung Dan Selamat Hari Raya AidilAdha"

Selamat balik kampung cik sue....
Memang mana mana pun jem hari tu...Memasing tak sabau nak Raya gamaknya hihi...
Alahai siannya Rania.....dah nak jadi, nak buat macam mana ye cik sue....Nasiblah lepas tu Rania dah OK. Kalau tidak, jenuhlah kat higeway kena singgah singgah

Ya Allah.. kalau jammed tu la yang tahan... saya kalau kereta tak bergerak mesti rasa nak muntah... baru ni balik dari kedah pun muntah sebab jammed. Haih, tua dah saya ni rupanya.. 😂

Bab jem tu yang tak sanggup nak menempuhnya, Ciksu. Saya kalau terpaksa balik ke kampung atau ke mana-mana waktu peak hour, memanglah awal pagi saya dah keluar rumah. Kalau boleh, memang tak mahu tersangkut dalam jem.

Kasihan Rania ya kena cirit-birit. Tapi nasib baik juga sepanjang perjalanan tu dia okey. Kalau tidak, haru juga!

Musim perayaan memang tak boleh buat apa la kan jam merata2..bawak roti je la habuan makan dlm keta.hahaha

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF