Hari Raya Haji

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Tahun 2016 merupakan tahun ketiga Rania meraikan Hari Raya Haji bersama ummiayah. tahun 2014 kita beraya di kedah. kebetulan masa tu, ummi baru lepas pantang. tahun 2015 pon sama kita balik kedah. untuk tahun 2016 kita beraya di kuala kangsar. meriah ke tidak? sama-sama lah kita tengok nanti. ekekekeke ~_^ 


Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Hari Raya Haji "

Salam Aidiladha... cuti panjang sikit seronok bawa round kampung...

Dah baca entri terbaru, tahulah sudah meriah ke tidak sambutan hari raya aidil adha Ciksu sekeluarga.

Tahun ni, alhamdulillah! Murah pulak dengan rezeki daging korban.

Selamat hari raya korban ciksue..ehh dh habis raya br nk wish.sory.hahaha

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF