KEREPEK BIJI DURIAN

KEREPEK BIJI DURIAN| pernah ke makan?? saya pon baru pertama kali makan. itupon tahu dari kengkawan di group whatapps. serius, sebelum ni tak pernah tahu pon. cuma tahu lepas makan durian, biji durian kene buang. takpon rendam bagi keluar tunas. lepas tu nak tanam ka, nak buat apa terpulang.

sejak2 dah tahu biji durian boleh dibuat kerepek, gigih le ciksu rendam 3,4 hari sampai kulit luar biji durian tu merekah @ mudah dikopek. pastu jemur @ biar bagi kering dulu sebelum disagat. kalau biji durian tu tak betul2 kering, agak sukar nak disagat sebab licin/ berlendir. risau jari tersagat sama nanti. ahahahaaa. then goreng macam biasalah.

macam ciksu, terus je sagat dalam kuali masa nak menggoreng tu. dah biasa buat macam tu. macam buat kerepek pisang dan kerepenk ngaku juga lah gayanya. tujuan sagat dalam kuali supaya tak melekat. lerai satu2 nanti. lebey kurang gituu lah.

sedap ke!!!
memang sedap, rasa lemak2
suami kata macam kerepek ubi pon iye gak
rania pon makan

korang dah try makan kerepek biji durian ke??

kalau belum, lepas ni kalau terbeli durian, JANGAN LUPA SIMPAN BIJINYA YE..nanti boleh buat kerepek durian plakkkk. ahaks ~_^ jangan risau, tak de rasa yang pelik2 lah. kalau nak tahu better korang kene buat sendiri lah. baru puas hati, kan!!!

buktinya ciksu dah rasa kerepek durian,


dah nak habis sagat baru gediks nak snap gambar. actually, kulit yang nampak kecoklatan tu, leh je buang.


selamat mencuba ^_^

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "KEREPEK BIJI DURIAN"

Memang tak tahu pun Ciksu biji durian boleh buat kerepek. Kalau tahu, dah lama simpan biji durian tu. Nampak macam kerepek ubi aje ya!

Ohh... baru kakak tahu CikSu
Kakak ingatkan tadi kerepek Arrow Head
Lain kali kakak nak cubalah:)

nampak macam sedap...tapi skank dah abis musim...insyALLAH klu ada musim mendatang, bleh la rietta cuba...

Asslmkm Ciksu.. rajin nya la hai Ciksu ni buat merepek biji durian. Kalau kita la, biji durian tu masuk tong sampai trus. Hehe

Sedap..pernah makan.dulu2 masa kecik ada jiran denhar resepinya di radio.tp nk buatnya la tu gigih sikit..dh la biji durian tu kecik2 kan...nk sagat tu perlukan kesabaran.dpt pulak sikit..mkn kejap je licin.hehe

first time tngok. tringin nak mencuba. hehe

pestime akak dengar nih...adoii kalau tahu boleh cuba buat sebelum ni banyak juga beli durian, itulah beum ada rezeki nak rasa tu,inshaAllah nanti boleh cuba lagikan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF