Keselamatan di utamakan

beli helmet ni dah lama. tapi belum menepati kepuasan hati ni lagi.. sebabnya kalau boleh nak cari helmet kanak-kanak yang ade cop sirim. baru lah yakin nak guna.

helmet ni beli kat kedai moto jek. harga pon murah.. dalam due ploh hengget lebih lebih kot. memula beli yang warna pink gambar minnie mouse. terlebih besar plakkk. bila pakai asyik ke depan. sampai tertutup matanya. kendian beli plak yang warna kuning ade ikan nemo. haaaa, itu ngam2 lah. nampak rania selesa sikit bila pakai.

helmet kanak-kanak ni penting, nak nak kalau nak tuju ke tempat yang dekat. comfirm nak naik moto, kan.. tak kan nak redah naik kete semata mata nak pergi taman belakang rumah tu. boleh lah pakai helmet ni. kalau nak ke Taman Tasik Titiwangsa, tak berani lah. sebab jauh sangat. sanggup redah naik kereta.. tak pon, tak payah pergi.

jenis saya ni jenis yang cepat seriau.. payah gak. hahaha. ye lah bab keselamatan, kan. kena hati hati lah. nak ajar rania dari awal tentang kepentingan bertopi keledar ni. bila kena pakai nanti tak de lah rania buat muka pelik. lagipon budak budak memang eksaited kot dapat helmet ni. hihihi. rania lah tu. pantang sebut nak naik moto.. siap buat gaya "vrommmm..vrommm.." pastu minta "....mi.. helmet.. naik motooor.."
rania ni bijak berkata-kata.. memang tak terlayan..

sekarang ni rania dok buat usung main dalam rumah. naik basikal pon nak pakai helmet oke. baru lah keselamatan diutamakan. ye dok !!




dah guna sangkut lek lok. haa gituuu..

setakat ni nampak lah rania ni berdisiplin. contohnya sidai tuala lepas guna, lepas makan minum letak cawan pinggan di sinki, cuci tangan sebelum dan selepas makan, susun kasut.. pelan pelan ajar semoga rania terbiasa.. dah sekolah nanti senang nak ikut peraturan, kan.. ape pon semoga anak ummi sentiasa istiqamah.. aamiin  (",)

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Keselamatan di utamakan "

Assalamualaikum ciksu..

waaa.. rania dah ada helmet sendiri la.. macam zara kan, takut nak naik moto walaupun mama dia ni dok pegang kat belakang. pernah bawah naik moto, ddy yng bawak la.. dia punya menagis masa tu. kita yng tlng pegang ni rsa takut dh nak pegang dia. hihi

Alah bisa tegal biasa
Kalau dah dididik dari awal dan biasa Rania pasti akan ikut sebab dah jadi kebiasaan. Tak rugi kalau asuh dari usia macam ini. Kita yg senang.

Belajar pun pakai helmet ^_^ Itulah yang paling epik, Rania!

Baguslah kalau dari kecil dah diajar berdisiplin. Senang makpak, senang juga diri sendiri nanti bila dah besar.

comelnyaa rania! topi keledar husna yg pertama dulu warna kuning tu laa.. hehehe..

comel helmet dia...btul tu keseamatan tu penting....

betul tu.. keselamatan harus diutamakan =)

well done rania... pandailah dia... comei lak tu sangkut helmet kat basikal dia tu... hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF