Tudung kanak-kanak


Koleksi Bento Riang Ria Rania

Koleksi Bento Riang Ria Rania | kagum tengok akak lieya kite yang super rajin siapkan bento2 anak2 dia.. memang patut ibu² di Malaysia jadikan contoh.. semangat beliau bangun pepagi siapkan bekal untuk anak².. sedia maklum yang kak lieya seorang ibu yang bekerjaya..kalau mama bekerjaya boleh siapkan bento anak2.. takkanlah mama suri rumah tak mampu buat, kan !!

inilah semangat positif yang aku suka nau sedut.. kalau boleh nak sedut sedalam dalamnya, biar terus meresap jauh de dalam lubuk hati. supaya tertanam semangat istiqamah ittew. aamiin T_T

Meh la jamu sikit dengan ape yang ade ni..

Nasi lemak + telur dadar + sambal tumis ikan bilis..
rania tak boleh nak terima menu berasaskan sambal lagi.. makan sikit.. .."pedas.. pedas.. air.." camno nak geng dengan ummi ni dik. huk aloh ^_^

Nasi goreng permata.
nama, kemain kan !!
ade ikan bilis + habbatus sauda + capsicum hijau kuning, merah..

ini pon rania reject. bagi rania, ape yang warna merah, semua pedas. adeii..


jadilah buat penghias entry..nanti² ada projek bento terbaru iols share.. okay ✌

korang pon kalau suka berbento, share²lah idea ye.. sharing is caring.. kan!!! 😙

0 Comments