MALBATT 850-4



MALBATT 850-4|Pangkalan Udara Subang. kemarin sempat meluangkan masa ke sana untuk hantar my kazen yang menyertai MALBATT 850-4. my kazen adalah kumpulan terakhir yang berlepas untuk MALBATT 850-4 ini. kumpulan pertama dah berlepas ke Lubnan pada awal September yang lalu. kumpulan MALBATT terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

my kazen anggota TLDM berpangkalan di kuantan. sudah beristeri tapi belum ada anak.

ape pon sama-sama lah kita berdoa buat kesemua kumpulan MALBATT 850-4 yang menyertai misi pengaman pada tahun ini. semoga anggota2 MALBATT 850-4 dapat menjalankan tugas2 mereka di sana dengan baik. aamiin.

in shaa Allah anggota MALBATT 850-3 akan tiba di tanah air pada 29 September nanti. sesiapa yang ada sedara mara yang menyertai kumpulan MALBATT 850-3 sudah pasti tidak sabar menanti kepulangan mereka nanti, kan!! semoga mereka juga selamat sampai ke tanah air.

perasaan?
semua ada. bercampur baur. tapi part paling sedih bila tengok ahli keluarga melambai-lambai tangan dan menitiskan air mata. nak lagi sedih bila anak2 berulang kali memanggil ayah, abah, papa.. sayunya hati :-(

meh la layan gambar kiteorang yang sempat berkelah di bawah pokok berhampiran balai berlepas pangkalan udara subang. walaupon tengah panas, ape ade hal. demi menghantar perwira negara menjalankann misi pengaman ~_^ apa yang penting semangat....

sesi perjumpaan bersama ahli keluarga antara jam 11 pagi hingga 2 petang. sebelum ni mereka menjalani latihan di Port Dickson. ade dua buah khemah di sediakan tapi tidak mencukupi. ramai ahli keluarga yang datang menghantar. itu yang kena berkelah di bawah pokok. hiks.



menu tengah hari memang best. terbaik. nasi beriani kambing, kari daging, ayam masak sos, acar timun dan buah2an (tembikai & oren). air sirap tapi sedapnya lain maciam. tengah panas kan semuanya sedap. ahaks ^_^

kenyang perut tapi memang puas lah nak habiskan nasi di tengah panas lit-lit. ekekekeke. dan lagi dok candid gambo ni haaa.

tengah dok layan makan nasi beriani, time2 tu juga lah my rania ajak ke toilet. dah la jauh, jenuh berlari. suruh pergi dengan ayah tak mo nak ummi juge. alahai anak omakkkk ni ~_^ oh ya, rania dah berjaya free diapers di usia 2y++ sekarang ni dah hampir 2 bulan rania free diapers. ade masa nanti, ciksu akan kongsikan tips free diapers versi my anak.


my kazen ni anak adik my mom. my chik (tudung maroon) adik bongsu my mom.

next year jumpa lagi ye pakngah. take care. rania nak minta aunty2 yang baca blog ummi ni, tolong doakan untuk pakngah mad ye semoga pakngah dipanjangkan umur dan dipermudahkan semua urusan di mana jua berada. tak lupe juge doakan semoga pakngah dipermudahkan untuk dapat baby nanti. aamiin.

selamat berlepas jam 5 petang kemarin. alhamdulillah, selamat tiba di Lubnan awal pagi tadi.

pppsssttt: MALBATT (MALAYSIA BATALION)

Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "MALBATT 850-4"

semoga semuanya di permudahkan Allah swt..")

Siapa pun kalau menghantar keluarga utk berjuang airmata tak dapat dibendung. Hanya doa dititipkan semoga semua yg ke sana dlm perlindungan Allah.

Wow blog ummi rania dh nerubah wajah la.igtkan salah naauk tadi.hehe..

Seronok jugak dpt merasa pengalaman camni.betapa besar pengorbanan depa ye tinggalkan keluarga anak bini demi tugas

moga selamat pergi n balik..

sempat lagi berkelah tu..

Asslmkm Ciksu.. semoga dipermudahkan urusan perwira2 ngara yang ke sana demi menjalankan tugas pd ngra..

Itulah pengorbanan anggota ATM kita.

tahniah buat cousin sue..
moga dipermudahkan semuanya..

mcm familiar muka cousin tu.. tldm kan?/ dr kapal KD apa ye?

Sedihnya... hanya yang alami je tahu perasaan tu macam mana.. moga isteri sepupu ciksu tabah!

semoga dipermudahkan urusan kazen awk n ditabahkan hati isterinya..suami kwn akak ada gak yg ke lubnan.
navy kat kuantan gak.tp dh nak habis dah ni

*gud girlnya rania dh free diapera..^_^

Semoga selamat pergi dan selamat kembali semula ke Malaysia selesai menjalankan tugas nanti.

Siapa yang tak sedih Ciksu bila kena berpisah dengan ahli keluarga tersayang. Kejap atau lama tetaplah perasaan sedih tu timbul.

Eh, Ciksu tukar template baru ya? Simple and senang nak baca. Paling suka bila click gambar ada motion sikit ^_^ Teruja macam budak-budak pulak saya jadinya!

makan nasi beriani sambil berpayung tu, macam gadis melayu terakhir gitu ciksu..hehehe

mesti sedihkan sesiapa pun yang menghantar tu

Semoga selamat pergi dan balik dan dipermudahkan semua urusan di sana.

Pasti sedih kan menghantar ahli keluarga untuk berjuang. mulia kerjanya itu. Kita sebagai keluarga kena support walaupun tak rela melepaskan..

Btw, akak tukar template. Yeayyh! Senang nak baca dan komen πŸ‘πŸ˜

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF