Raya Haji 2016

Hye! camno raya haji korang. masih pening lagi ke? hehehe. maklumlah kot terlebey makan daging korban.. mana lah tahu, kan!!!

amboiiiii.. sakan ciksu bercuti raya ye. ahaha. ade ni haaa. dah selamat mendarat di rumah sendiri sabtu lepas. ahad tu pulak gi berseronok ronok dengan geng bas sekolah. ke mana ? nanti lah ciksu update dalam next entry. doakan lah moga2 roh kerajinan bermaharajalela. ekekeke.

balik kuale kangsar

tahun ni beraya di kuale..
sambutan biase2 aje..
menu hari raya haji macam biasalah, kalau balik rumah family in law.. semuanya mil, adik badik cik abe yang masak.. dorang lah chef di dapur..
ciksu kalau balik kuale memang kerja tolong potong memotong dan cuci mencuci jek.. tak campur tangan sangat bab memasak ni.. hormat tuan rumah..
menu ari tu bihun sup ayam, rendang ayam dan ketupat palas. 

hari raya tak ke mana2 pon. just duduk rumah tunggu geng lelaki sebab dorang ke masjid ade korban di sana. selepas zohor baru balik. 
itupon sambung lagi di rumah selesai bahagian2 lembu yang ayah dapat. antaranya kaki dan kepala. adik beradik suami dan biras2 yang uruskan. ciksu baru aje nak tolong basuh daging, tup tup rania bangun. pastu merap. sudahnya bawa naik motor pusing kampung..
malamnya tolong makan sup tulang yang dimasak petang raya tu.

raya kedua ke rumah maktam manakala mak ayah ke rumah jiran ade korban dan kenduri lagi. 

balik kedah

tengah hari rabu balik kedah. kebetulan pak sedara suami dari perlis nak singgah rumah ciksu. ciksu okje ~_^

hari khamis ke rumah mak sedara. ade kenduri 40 hari arwah pak sedara. kendian singgah rumah ngah ambil buah dokong. fresh dari atas pokok. manis sedap. kemain rania dok pulun makan buah dokong.

hari jumaat jenjalan beli barang di ECO. petangnya ke taman dekat kolam mada. pastu memalam hari berjemaah dengan makayah, ngah nyicah buah larak. 

hangpa penah ka tengok buah larak ?? serius dah lama tak makan and tengok buah larak ni. last makan zaman budak2 dulu. iye lah, rajin keluar masuk kebun getah. pantang nampak, terus ambil dan makan. tahun ni dapat pulak merasa. ini semua mak punya pasal lah. baru baik demam, mak ounya teringin ngalahka orang mengidam. nasib lah masa pergi rumah ngah tu, mak tanya pak ngah, terus pak ngah pergi kait area kebun dekat rumah tu. rezeki lah dapat merasa buah larak tahun ni. bagi cik abe rasa tapi tak reti makan. boleh digigit bijinya. tips kalau makan buah larak, jangan lah digigit biji. memang potong stim lah jawabnya nanti. sedap cicah garam belacan yang diperah limau nipis. masam masam pedas. baru lah hilang kelat buat larak tu. 

balik key el 

menu bekal balik key el ari tu pon berasaskan daging jugakkkkk.. adeii.. bila lagi kan nak merasa makan daging fresh gini. time raya haji je lah pon.. so, makan lah puas2. 

menu daging goreng bawang dengan sambal daging. menu pebret kalau mak masak.. suka daging masak simple macam ni jek. nak2 ayah.. cukup suka daging goreng tu. makan dengan nasi panas2. tak payah lauk lain pon takpe. selain dibuat sup dan nasi daging. nasi daging cicah ayaq asam my pebret. mmmmmmmm. semuanya mengundang lapar ni ~_^


satu satunya gambar raya haji 2016. jadi lah, kan !!!!


pong pang pong pang dok bercerita, kan! tapi non hado gambar. serius, raya haji tahun ni non hado gambo. yang ade ni pon gambar berdua dengan rania masa on the way balik kedah. nasib lah ade juge, kan! 

alkisahnya bukan lupe tapi entah lah.. mood nak bergambar macam tak merasuk diri plak ari tu. 

lagi2 hp baru keluar kedai, so, keseriauan nak guna hp ambil gambar amatlah berjaga2. risau. maklumlah ciksu ni kekadang pelupa gak. kang merata2 letak, terjatuh ke hape.. satu hal plak kan.. dah la baju semuanya tak de pakej sekali dengan poket.. nak elak kejadian tak diingini berlaku, simpan lek lok dalam beg. ekekeke. biar die rehat. boleh gituuuu ^_^

itu je lah kisahnya.. jumpa lagi di next entry. bila?? tunggguuuuuuu..


Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Raya Haji 2016 "

Apa pun yg pasti cuti itulah yg seronok
Makan-makan dgn keluarga

Buah larak kakak tak pernah tahu. Kenapa CiKSu tak ambil gambarnya. Manalah tahu di JB disebut lain.

Bestnya kalau tak payah kena masak kat rumah in law cik Su .....Lagi best kalau tak payah buat apa apa haha.....
Sama je okje pun...tak de aktiviti ambik gambo pun.... DUk tengok TV je kejenya.

Haih betul sangat tu daging baru masak simple simple gitu mmg dah mengundang selera kan...

Assalam... lama akk tak sggah sini.. semoga sihat2 selalu ya.. kim salam si comel :D

Wah.. meriah eh raya haji rania... suka la rania balik kampung tu... happy je mukanya... anak-anak kalau tak meragam memang seronok la bawa jalan ke mana-mana pun.... 😁

sedapnya bekal raya tu...lagi simple lagi sedap

Buah larak??
dgr pom 1 st time ni.. hehe

samalah dgn lya..raya haji biasa2 je..xde kemana...
pakai bju raya pom tak..hehe

Penuh jugalah aktiviti cuti raya haji walaupun gambar kurang.

Cerita raya haji saya biasa-biasa aje, Ciksu. Tak balik kampung pun. Menumpang makan rumah kakak ^_^ Kalau kakak tak masak, kami dah plan nak naik ERL pergi airport jerk. Jalan-jalan menghabiskan cuti sehari ^_^

Buah larak tu macamana pulak rupanya? Saya ni umur aje lebih tua tapi banyak benda saya tak tahu. Memang rasa-rasanya tak pernah makanlah buah larak ni dah namanya pun asing aje bagi saya!

Samalah sy klu kt umah mertua memang tak masuk campur bab memasak.huhu

Kira meriah jugak raya ciksue..dpt balik kmpg dua2 kira ok la kan..pic je takda sebagai kenangan. Selfie ngan rania tu pic jugak.hihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF