TUKAR KAD DEBIT BARU SEBELUM 1JANUARI 2017

Tukar Kad Debit Baru Sebelum 1 Januari 2017| alhamdulillah, kemarin dah settled tukar ketiga2 KAD DEBIT ATM ke KAD DEBIT BARU. korang paham ke tidak ni?? harapnya paham lah ye. benda ni dah lama tahu tapi tu lah bab nak ke bank dengan anak kecik toang2 nie, punya lah mencabar. kene tunggu cik abe off day baru boleh pergi bersama. bergilir2 jaga anak. itupon masa di kaunter bank muamalat, tengah berurusan, tetiba rania datang ke kerusi. air mata dah meleleh-leleh. gaya macam ummi tinggal tak nampak bayang, padahal dok dalam bank yang sama jek. gaya macam tak boleh berenggang je, kan!! padahal kalau balik kampung, main tak ingat ummi pon ~_^

no giliran pon dapat cantik je. adeii. baru perasan. memula ke BANK MUAMALAT, then ke CIMB tapi kaunter tutup sementara, terus ke BSN. tengoklah no tu, kalau disusun menaik 8, 9, 10. ahahahaa


oke, berbalik pada pengalaman saya TUKAR KAD DEBIT BARU ye.. pertama-tama sekali INGAT!! KENA BAWA 

1) KAD PENGENALAN
2) KAD ATM LAMA

Tukar Kad DEBIT ATM MUAMALAT
-masa nak ambil no, bagitau pak guard nak tukar kad debit baru, dia yang tolong tekan no bagi
-masa di kaunter cakap nak tukar kad debit baru. then bagi kad pengenalan, kad atm lama,
-sahkan ibu jari kanan, kiri
-staff bank kemaskini akaun
-staff tanya limit untuk kad debit baru
-sign pastu masukkan no pin dalam mesin khas. ntah pe namanya. buat depan2 staff bank tu. masuk no pin tekan ok, lagi sekali masuk no pin untuk sahkan then tekan ok.
-siap, dapat kad debit baru

SERVIS BANK MUAMALAT CEPAT DAN PANTAS
KAD DEBIT ATM LAMA, BANK AMBIL

Tukar Kad DEBIT ATM BSN
-terus tuju kaunter bank sebab tak de sesapa kat bahagian kaunter no,
-bagitau staff kata nak tukar kad debit baru, staff bagi borang kene isi
-ambil no. tunggu punyalah lama sampaikan rania 2,3 kali keluaq masuk bank umminya tak sudah2 lagi berurusan,
-bila sampai turn, bagi kad pengenalan dan kat debit atm serta borang yang diisi tadi
-sahkan cap jari kanan dan kiri,
-staff kemaskini akaun
-sebelum nak dapat kad, 2,3 kali juga staff ni bangun duduk, bangun duduk. kejap ke kanan, kejap ke kiri. dapatkan pengesahan untuk kad debit baru tu, dah settled semua baru lah kad debit baru diterima.
-then kena tukar no pin di kaunter atm.

SERVIS BANK BSN SLOW
KAD DEBIT ATM LAMA TAK DI AMBIL

Tukar Kad DEBIT ATM CIMB
-memula datang jam 11:30pagi. katanya dah tutup, kena datang jam 1:30tengah hari plak, tapi bank CIMB ni bagus sebab lagi cekap. dorang asingkan terus kaunter untuk pelanggan yang nak tukar kad debit baru. memang dibuka khas untuk tukar kad debit sahaja
-ke kaunter no, bagitau nak tukar kad debit baru, staff bagi no, sehelai kertas cara nak tukar no pin nanti, then kena sign-tulis no ic-tarikh
-bagi kad pengenalan, kad debit atm
-sahkan ibu jari
-dapat kad debit baru then ke kaunter atm tukar no pin
-siap

SERVIS BANK CIMB CEPAT DAN PANTAS
KAD DEBIT ATM LAMA, BANK AMBIL

Ni hasilnya, saya dah ada KAD DEBIT BARU.


korang dah TUKAR KAD DEBIT BARU ke ???

kalau belum tukar, cepat2 lah tukar, sebelum berakhirnya tahun ini. lagi cepat lagi bagus, bukan apa risau nanti buat last2 minute, sistem problem ke hape, kan susah. untuk menyenangkan semua pihak, tukar lah sekarang..

FREE OF CHARGE je bila TUKAR KAD DEBIT ATM KE KAD DEBIT BARU ~_^

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "TUKAR KAD DEBIT BARU SEBELUM 1JANUARI 2017 "

bru tukr stu atm kad..yg len x sempat T_T

Sy pnya cimb lembab lamaaa giler tnggu bru settle

belum tukar lagi.
Malasnya nak pegi kaunter bank.

kena tukar ini..klu x lmbt ramai org bt..hehe

Tak pi tukar lagi... nak kena pi jugak ni.

Banyaknya debit card depa..sy buat on9 je pertukaran via maybank2u..kad br je smp siang tadi..tp macam sama je dengan kad lama.tgok kawan punya baru..pelik sekejap.nanti kena call maybank la tanya kenapa.

Ciksue dah selesai.Alhamdulillah la

Nk p bank menunggu tu yg malas nk hadap.lagi ada anak kecik macam kita ni kan

kite pun baru tukor jugak..
ciksu baru ni gi jertih..kite dah jupe gong kedak..hahhaha..

Kalau tahun depan baru nak tukar, kena bayar dah katanya...

Saya tukar Maybank online aje. Menyesal betul. Sampailah ni tak sampai-sampai lagi kad ATM baru saya. Mereka proses cepat tapi bila hantar ke Citylink, berabad Citylink peram tak tahu buat apa. Sakit hati aje bercakap dengan staff di City Link tu.

Pernah pergi ke cawangan Maybank tapi lama sangat waktu menunggu tak dapatlah nak menunggu dengan sabar. Dah waktu lunch break pun sejam aje. Ingatkan tukar secara online lebih mudah rupa-rupanya lebih parah!

Proses kat bsn sgt lembap.pasru staff yg free hair kat bsn kemaman sgt sombong.akak yg biasa urus tu baik je tp mse nk p tukar yg mak, dye mcm bz.last skali, balik camtu je...lama sgt, mak x larat tunggu.org tua kan, bkn sihat sgt

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF