Keadaan baby Nur Anissa Umyra

bagi yang bertanya keadaan baby nur anissa umyra, alhamdulillah baby dah selamat di bedah kali pertama pada hari isnin 10/10/2016. pada hari kejadian, 2x baby dibedah. kali pertama pagi then jam 2petang. pada hari jumaat, tak jadi bedah sebab keadaan baby tak mengizinkan. so, dorang tukar tarikh lain. kalau diikutkan, ini dah masuk kali ketiga baby dibedah. huhuhu. kali ketama awal jun ari tu. tak dapat bayangkan. anak kecil ini perlu laluinya.

.......

pembedahan dibuat pada hari isnin jam 9 pagi. sebelum di bedah baby kena lah puasa. bermula jam 3 pagi baby start puasa ;-( tepat jam 9 pagi baby dibius, jam 9:30 pagi pembedahan berjalan. hampir jam 12tengah hari alhamdulillah, siap semuanya. tapi baby keluar dari bilik OT dengan keadaanya yang berselirat dengan wayar lah. setiap wayar memasing ada fungsinya :-(

tak lama.. dalam jam 2petang baby kene operate semula sebab ade masalah oksigen. itu memang dah dibagitau oleh doktor selepas pembedahan pertama yang dijalankan tadi. kiranya ada perkara baik dan effect selepas operate. untuk kali kedua selama 8jam tempoh operate berlangsung. bermula jam 2petang hingga 10 malam. Allah Hu Akhbar. lamanya :-(

setelah menunggu hampir 8jam, akhirnya baby dah selamat dibedah dan dipindahkan ke PICU (Peadiateic Intensive Care Unit) pada ja 9:30 malam. paling menyayat hati dan perasaan, ada 2 tiub untuk keluarkan darah kotor kat dalam dada baby. memang nampak lah darah mengalir. doktor ada bagitau ibu baby yang condition baby memerlukan another surgery but her case tak boleh tangguh lama2. supposely kena tunggu sampai umur 1 tahun or berat dia 10kg baru buat operation tapi dia kena buat dalam kadar segera.

keadaan baby sekarang..
*Baby is stable..she's such a strong gegirl.. now flawless, light, pinky lips and getting better..

di sini ciksu tak minta apa2 selain doa dari kengkawan untuk baby..
*Hanya Allah tempat bermohon. hanya Allah yang dapat balas jasa anda..

♡PRAY FOR  NUR ANNISA UMYRA♡

......

Hari jumaat saya sempat ke IJN sebelum bertolak. inilah kali pertama saya jejak kaki ke IJN. saat masuk wad baby, sayu je hati ni tengok keadaan baby2 yang lain. ketika di katil baby nur anissa umyra, jatuh air mata ni. bila tengok tubuh anak kecil itu berwayar. huhuhu ;( masa tu baby tengah tidur. so, sempat lah sembang2 dengan ibu baby, tanya keadaa baby. ini adalah perjumpaan kali pertama selepas perjumpaan kali terakhir di jb dulu. memang dah lama tak jumpa dengan ibu baby. tapi saya tak lama sebab rania tak beri kerjasama. anak usia 10tahun ke bawah tak boleh masuk. rania plakkkkk tak mo duduk dengan ayah die. asal ummi hilang mencari. pakej menangis sekali. satu wad boleh dengar. adeiii...

sebelum balik, rezeki saya lah dapat tengok baby senyum sebab baby terjaga. cuma tak angkat lah sebab ada wayar kat tangan dan hidung. sian sangat. luluh hati ni tengok tubuh baby. ciksu tahu baby kuat semangat. ciksu tak nak sedih2 depan baby :) walaupon dalam hati menangis..

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Keadaan baby Nur Anissa Umyra"

Allah.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...

sedih ye, semoga baby Nur Anissa kuat & sihat sperti kanak2 yg lain
amin..

Allahurobbi... bagaimana kita yg tengok pun menangis apa lagi mak-ayahnya CikSu
Dari jauh kakak doakan juga semoga baby, ibu-bapanya dan semua keluarga tabah dan kuat dgn ujian ini. Moga cepat sembuh hendaknya.

Semoga dipermudahkan perawatan baby Nur Anissa Umyra.
Mudah2an cepat sembuh.

Asslmkm ciksu..
Alhamdulillah.. lega dgr bby dh selamat.
Sebak bca.. moga bby sntiasa kuat dan trus kuat..

Tak boleh bayangkan bayi sekecil itu kena melalui pembedahan. Bukan sekali aje pulak tu. Makan masa berjam-jam lagi. Alahai, kalau saya memang tak sanggup nak tengok, Ciksu!

semoga dipermudahkan ya..buat mama dan baby..be strong..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF