Nasi Daging Air Asam Sedap Dan Mudah

Nasi Daging Air Asam Sedap Dan Mudah| serius dah la sedap, mudah pulak nak buat. tak payah masak macam2 jenis lauk. cukup kalau ada nasi daging + ayaq asam. aku sorang makan, kejap je habis. siap bertambah2 kalau makan. memang pebret sangat nasi daging + ayaq asam ni. dok ceghite ni pon dan terasa-rasa dah ^_^

buat menu nasi daging bila dah lama tak buat. tetiba nak makan lain dari biasa, ni lah menunya. dapat makan nasi daging cicah ayaq asam ni.. legaaaaaaa baq hang :-) tak kata pa dah. hilang ngidam tu. ahahaha. ngidam ngalahkan orang pegnant plakk,kan !!! 

pertama kali buat untuk rania, dia suka. untuk rania buat sup daging. bertambah2 makan. 

Nasi Daging
rebus daging (batang pinang) + air + halia- lembut
tumis bahan tumis (4 sekawan, halia, bawang putih, bawang besar) dengan minyak sapi -naik bau
masukkan rempah kurma -garing
masuk tomato puri, susu cair, air rebusan daging, daging, beras basmathi, garam -gaul rata, transfer ke rice cooker. masak macam biasa. 
daging separuh masuk dalam nasi, separuh terus hiris

Air Asam
tomato + cili merah + cili padi + bawang besar -hiris 
belacan + air asam secukupnya
kerisik + garam 

-satukan semua bahan hiris, gaul rata, rasa sendiri. bagi ada rasa pedas, masin, masam.
-kalau nak blend atau guna cabai tumbuk yang sedia ade pon boleh. terpulang. setakat ni dok buat sendiri, just hiris je bahan2 tu. pedas pon ngam2 je. 
Tips: NO WATER, NO SUGAR







Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Nasi Daging Air Asam Sedap Dan Mudah"

Oh... ada yg baru buat kakak lain kali boleh ikut buat air asam letak kerisik:)

Jadi lapar plak tgk.. Nk cube la nnti :)

as salam ciksu, lama tak singah hehe..
aahh sedap sangat ! zaza pernah buat sekali time raya haji berapa thun lepas hahaha..

sedap nyer ....belom pernah lagi buat...

saya pun buat dah aritu. pestime buat sendiri selalu tu makan dekat kedai je. memang sedapppp (puji diri sendiri) hahahaha uwais pun suka makan.

hai ciksu. saya dah kembali ;)

Terliur dibuatnya, Ciksu. Saya pun tak tahu air asam letak kerisik. Lain kali boleh try. Alahai, daging kurban dah habis! Kalau tidak, boleh buat nasi daging ni!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF