Pindah Rumah

Pindah Rumah|sekarang tengah sibuk kemas rumah dan segala harta karun yang dok ada dalam rumah ni haaa. pelan-pelan buat. sempat lah siap sebelum pindah rumah nanti, kan!! kalau tunggu time nak pindah baru nak buat, pepaham sendiri lah, gayanya macam mana nanti ^_^

kalau pindah rumah sebelum-sebelum ni boleh lah buat last minute tapi kali ni tak boleh dah. al maklum lah ada pembantu bertauliah ni. kite ngemas die pon nak ngemas tapi ngemas cara die lah. boleh jadi haru biru nanti. sebelum ummi berubah jadi hijau, elok lah ummi mulakan dari sekarang >_<

dengar angin yang bertiup, in shaa Allah akan dapat kuarters juge sebab tak ramai yang duduk kuarters. lebih ramai yang duduk rumah sendiri. so, peluang tu ada lah kot. kalau dapat kuarters alhamdulillah sangat-sangat.

cumanya kalau nak dapat kuarters di tempat baru, kena lah serah kunci kuarters sekarang. kendian baru lah boleh apply kuarters baru. semuanya kene bergantung pada signal. keluar signal baru semua perkara boleh buat. semoga semua urusan nak dapatkan kuarters di sana dipermudahkan buat encik suami. aamiin.

sebolehnya memang nak duduk di kuarters. cuma tu lah, dengar-dengar kuarters di tempat baru hanya 4 tingkat. sah-sah lah tak ade lif. hohohoho. pat taun dah tak exercise naik tangga tinggi-tinggi ni. last masa di joho dulu. sekarang ni naik tangga takat tingkat 1 jek. ok lagi lah, kan!! bukan ape lagi satu, kesian dekat geng-geng yang akan angkat barang-barang we all nanti. huhuhu. pastu bila Allah izinkan makayah datang ke sana nanti, macam mana lah, kan. siannya ×____^

so, buat permulaan nak clearkan barang-barang yang boleh ditinggalkan. means barang-barang ni masih elok lagi, masih boleh digunapakai, cuma tak mo lah bawa ke tempat baru nanti.

kenapa tak bawa?
iye lah, kalau duduk kuarters sah-sah disediakan kelengkapan rumah seperti perabot, meja makan, katil dan sofa. memandangkan kalau bawa pon akan menyesakkan rumah, so, we all buat keputusan nak tinggalkan katil, meja makan dan tilam yang sedia ade di rumah we all di Equine Park. sebelum ni tak boleh nak letak sebab penyewa lama dah lama duduk situ, tak kan we all nak tumpang letak barang plakkk , kan !! nak dijadikan rezeki, penyewa lama pon kene berpindah juge awal oktober baru ni. memang kebetulan sangat lah..

penyewa baru nanti bff ayah Rania. dorang baru nikah, boleh lah guna apa yang ada tu. cadangnya nak letak dalam bilik no 2. siap cantik-cantik sebelum dorang masuk nanti. bilik no 2 tu, boleh dijadikan bilik tetamu. contohnya macam katil tu, time pindah dari joho sampai sekarang, tak pasang-pasang. celah mana nak pasang sebab ketiga-tiga bilik sedia ada sekarang memang dah ada katil. kalau pasang buat sesak bilik boleh lah. maka duduk lah iye dalam stor selama 4 tahun. meja makan pasang juga letak di dapur. nasib lah dapur sekarang, luasnya boleh tahan. rumah baru nanti tak tahu lah macam mana. tilam pon sama, rumah sekarang sesiapa datang memang bentangkan terus aje tilam tu. senang. dah jauh-jauh nanti, sape pulak nak datang, kan!! 

oleh itu we all dah pikir masak-masak daripada memberatkan lori/ kontena nanti baik bertindak awal. huhuhu. walaupon hati ni sayangnya nak tinggalkan dorang. sebolehnya nak juge dorang ikut. 

kenapa pilih kuarters?
berdasarkan pengalaman duduk di kuarters, salah satunya senang kalau ape ape hal nanti. nak-nak kalau ayah Rania kene outstation. ade jiran-jiran yang boleh minta bantuan. paling penting kenal dorang. iye lah sebab geng-geng kerja juga kan. walaupon baru kenal dengan jiran baru tapi rasa confident dengan dorang lebih tinggi berbanding dengan jiran-jiran bila menyewa di luar. itu lain pulak ceritanya. dua-dua dah pernah rasa •_____•

ke mana destinasinya?
tunggu lah, nanti-nanti ciksu habaq k. biar confirm dulu. buat masa sekarang biarlah rahsia ~_^

ape pon nasihat ciksu, kalau dah duduk tempat orang, jauh daripada keluarga kena lah pandai berdikari dan pandai meyesuaikan diri. paling penting jaga diri, perbuatan dan percakapan. itu yang kene sentiasa beringat.

jumpa lagi nantiiii....


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Pindah Rumah"

Kalu pindah hala3 ke sini, habaq naa...

asslmkm ciksu..
dah kena berpindah ye.. kemana pindahnya tu..

pindah rumah memang penat, tapi dapat 'angin" baru hehe

btul 2, kemas sket sket....xde la kelam kabut nnti...mcm jauh je nak pergi tu...moga segalanya dpermudahkan....

So ke manalah arah destinasi kali ni, Ciksu? Kena naik kapal terbangkan, kan, kan?

P.S. Sekolah Cina tu seeloknya kena belajar dua tahun dahulu sebelum masuk Tahun 1. Bagi mereka preparation yang secukupnya. Tapi anak-anak saya, tahun pertama (5 tahun) belajar di English medium dan tahun kedua (6 tahun) barulah ke Mandarin medium. Anak saya si Bubbly Abang, umur 6 tahun dah pergi tuition Mandarin, Ciksu. Rasanya si adik pun kena lalui perkara yang sama sebab Mommy mereka dah registered si adik di sekolah Cina yang sama dengan abangnya.

Banyak kerja kena buat kalau nak pindah rumah ni.

sblm umminya tiba2 jadi "omak kau hijau" baik ready awal2 kan...kihkihkih

Oklah kat kuartes ada sesia dah semua, macam kuartes adik sebelum ni la kira masuk tak yah bawak perabot ;) tapi diorang lebih selesa sewa di luar.
Tapi MJ still menyewa kuartes, bezanya kuartes kami rumah kosong :)

Wahh ciksu pindah rumah baru. Moga dipermudahkan semuanya :)

ohh..nak pindah kr mana tuuu. apepon..semoga lancar sume urusan ya..part dok kuarters mmg selesa n rasa lebih secure bile suami outstation..

Cik Su pernah tanya pendapat kitaorang rasanya dulu dulukan. Mesti nak duk Terengganukan...sebab ada kopok leko hihi...lepas ni sure Rania terer kecek Ganung lew haha

Bestnya dah ada rumah sendiri....hehe...yang nak mengemas tu...alahaiiii

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF