Rania Turn's Two: Rainbow Cup Cakes

Asalnya nak buat Rainbow Cake. pikir2 balik, macam lambat nau nak menunggu selapis demi selapis memasakkan diri.. itu yang tukar plan buat Rainbow Cup Cakes je. cepat pon cepat tapi terlebih letak plakkkk, itu yang melimpah keluar.

Kali ni memang tak nak hias cecantik dengan ising bagai sebab nanti rania akan calit ising jek. pebret sangat main calit calit ising tu, kan.. kalau letak ising asyik lah nyebut nak "kek.." dah bagi sikit.. "..lagiiii.." nampak permainannya tu.. selagi tak dapat ade lah drama rayu merayu nanti.. meruntun jiwa ummi ni haaa.. +_+

Buat kek togel gini, rania kurang sikit nak makannya. satu adunan dapat lah banyak tu. separuh dah masuk perut ummi, sambil buat sambil merasa. ahahaha.. 

macam biasa, resepi kek sokmo godek blog Azie Kitchen. sangat mudah untuk dibuat hiks ^_~

RAINBOW CUP CAKES

Bahan bahan:
110gm butter - mesti lembut, bukan cair
110gm self-raising flour
110gm gula kaster
1 sk baking powder
1/2 sk garam
2 biji telur 
1 sk vanilla extract
Pewarna yang disukai - guna gel

Cara cara:
Panaskan oven pada 160C dan sediakan loyang muffin dan cawan kertas.

Ayak bersama tepung, baking powder, garam dan gula kaster ke dalam mixing bowl. Masukkan telur, butter dan vanilla.

Pukul sehingga ringan dan gebu. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai.

Isikan 2/3 penuh cawan dan bakar selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Rania Turn's 2 2016 

biru.. kuning.. 

nyum.. nyummmmmmmmsss


Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Rania Turn's Two: Rainbow Cup Cakes"

sama dengan la Uwais pun. makan cream nya je. kek dia tinggal

Wow hasil tgn umi utk anak tersayang mana boleh lawan kek dari kedai kan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF