Rania Turn's Two: Salmon Grill

Menu special untuk besday girl ari tu. memang nak buatkan Rania Salmon Grill ni sebab pebret Rania.

Rania dengan ayah je lah makan salmon grill ni. ummi ? tak shuker. tak boleh nak telan, lah ! hohohoho

Rania makan habis seketul ikan salmon tu. die memang suke makan salmon. kalau grill ke, buat singgang ke. laju je makan. bagus. bagus. tapi tu lah, dapat ikan, memang dok pulun itu aje lah. sayur semua letak tepi. kene suap baru mau. itu pon kene, acah-acah jadi kapal terbang.. maciam-maciam lah ^_*

Sumber:

Serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan daun rosemary

* sapu, perap kejap.. then grill dalam air fryer.

Resepi Sos Lemon :

1/2 biji bawang holland/ dadu
1 Sb tepung gandum
3 Sb butter
sebiji lemon di basuh dan hiris
susu fresh milk suka suka ati lah
garam secukup rasa
mixed herbs

masuk butter, bawang holland. tumis sampai layu-layuan.
dah layu masuk tepung. kacau bagi sebati.
dah sebati, tuang susu. kacau lagi.
dah sebati, masuk lemon, mixed herb & garam sesedap rasa.
masak sampai sos nampak pekat. pepandai la erk !

siappppp. selamat mencuba !


rania suka ratah atau makan dengan nasi. ikut mood die lah. asalkan menu harian ade ke semua sumber protein, karbohidrat, vitamin dan mineral yang diperlukan (",) 




Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Rania Turn's Two: Salmon Grill "

Alhamdulillah, selamat harijadi dan semoga menjadi anak yang taat dan solehah. Aamiin

ehh yang ini pun sama. Fateh Uwais memang sukaaaaa salmon. kalau makan salmon memang bertambah2 dia makan nasi tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF