Rich Chocolate Chips Muffin

Resepi muffin lah paling senang di buat dan paling cepat dihabiskan. selepas bunyi jek "ting" terus buka pintu oven. pastu terus gigit muffin tu. ranggup, garing. sedap tak terkata. pekena plakk dengan teh o panas. sekejap pon boleh selesaikan kesemua muffin yang ade depan mata tu ~_^

Kali pertama buat, terlupa nak tabur chocolate chip. tapi gigih juge nak letak. ahahaha.. maka tak tenggelam lah ia..

Kali kedua dan seterusnya buat, dah makin bijak pandai. pandai ubah ape yang tak ade di dapur. guna aje apa yang ade, asal penyudahnya jadi lah muffin. jangan jadi cekodok sudah. sape nak makan ! jawabnya sendiri makan lah :')

Tak de minyak jagung, guna minyak masak biase pon dah penah try, oke je. susu segar tak de, tukar je guna susu ape yang ade dalam esbok. asalkan namanya susu. pernah try gune susu coklat juge. alhamdulillah, menjadi.

Sumber: AzieJaya Kitchen
Resepi: Rich Chocolate Chips Muffin

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
1/2 sk esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 st baking powder double action
1/2sk baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.

Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap

korang wajib try muffin ni sebab sedappppppp yak mat tau. dah lama tak buat, hari ni tetiba terajin plak buat. nak bagi Rania try. hiks. kemain seronok Rania dok tabur chocolate chip. aktiviti bersama 2 beranak di petang hari.. ekekekeke..



muffin sedang mensaunakan diri ^_~

bersiap sedia untuk dimakan.. lalalalaaaaaaa

nyum..nyum.. 

bento untuk rania tiap kali kuar jenjalan

Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Rich Chocolate Chips Muffin "

alahaii.. nampak sedap la pulak

yummy....sedapnye nampak...pepagi plak tu...trus jd lapar...

Sedap nyer...Dulu2 rajin jugk buat .sebb ada ank asuhan..sekarang ni mlas lh..buat kn kite jgk yg mkn..huhuhu...

sedapnyaaaa saya ni semua jenis kek suka makan hihihi

Senang yang amat. Boleh try untuk bento kami sekeluarga pulak. Maklumlah kamikan rajin ke taman. Lepas keluarkan peluh, kita bantai makan muffin pulak ~_^

nampk sedap MV pun dah janji nak buat untuk anak2.tapi tak tertunai lagi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF