Al-Fatihah buat PakNgah


Al-Fatihah buat my pakngah|Ya, my pakngah dah meninggal dunia. terima kasih tak terhingga buat korang yang mengikuti perkembangan my pakngah dan mendoakan buat arwah sebelum ni. My Pakngah dah selamat dikebumikan pada hari jumaat jam 11:00 pagi (25/11/2016)..

Trowback.. 
25/11/2016 tepat pukul 11:11 malam.
giliran pakngah pula yang pergi tinggalkan kami. beberapa bulan lepas abang mak no 7 meninggal dunia. mak menakan yang ini pon belum lagi lepas edah. kini giliran kakak mak pulak terima berita kematian suami. Al-fatihah..

pak ngah masuk hospital sultanah bahiyah (HSB) selepas mengadu sakit di perut. sakit sangat sangat sangat. selepas dua hari di HSB, doktor semak semula rekod perubatan sebelum itu, then barulah pihak hospital buat scan dan hasilnya doktor buat keputusan pakngah kena transfer ke HKL. akhirnya selepas bertarung beberapa minggu, nampaknya Allah lebih sayangkan pakngah. lhamdulillah proses pengebumian berjalan dgn lancar. hari jumaat yang cerah tapi tak da lah panas sangat.

last daku dapat jumpa pakngah petang khamis. aku bergegas lari naik ke wad icu melalui laluan rahsia. dah lama berkampung di hkl, sampai dah tahu laluan mudah nak ke wad icu pakngah duduk. hampir sejam aku duduk di situ. ahli keluarga dibenarkan masuk reramai. ada yang bacakan yassin, ada yang datang melawat. doktor dan nurse benarkan. dah tak kisah dah.

selepas maghrib balik rumah, selepas solat isyak keluar semula, bawa ayah pergi makan, then hantar ke stesen bas jalan duta. ngam2 ayah melangkah kaki naik bas, abang sepupu call my pakngah dah meninggal dunia. al-fatihah.

11:11 malam 25/12/2016
doktor bagi keputusan setelah berbincang dengan anak-anak arwah. dorang akan hentikan mesin oksigen dan cabut wayar yang ada dibadan pakngah. selang beberapa minit pakngah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

cikabe terkilan sebab tak dapat bersama dengan anak anak pakngah yang lain sewaktu mesin dihentikan. maklum lah kami yang sambut pakngah di awal kedatangan pakngah di bahagian kecemasan pada 29/10/2016 ari tu.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. urusan mandi dan sembahyangkan jenazah dilaksanakan di kl. my cousin ambil pihak luar uruskan jenazah, memandangkan kalau nak tunggu pihak hospital uruskan, kena tunggu jam 8 pagi esoknya (26/11/2016) 

kata sepakat diambil, pihak hospital call pihak luar, masuk sekejap ke bilik mayat, then keluarga boleh tuntut. kebetulan pulak my cousin sorang lagi uruskan bab transport. so, selesai semuanya. pemandu van jenazah, my cousin sendiri diiringi 2 orang anak lelaki pakngah yang jaga arwah sepanjang di hospital. selesai dimandi dan dikafankan, jenazah di solatkan di surau belakang CIMB dekat area Kuarters Kakitangan HKL di kampung baru. 

2:41 pagi (25/11/2016)
van jenazah bertolak ke kedah. aku tumpang kereta my cousin. senang. nanti balik kl naik bas jek. jenazah selamat sampai di kampung jam 8 lebih. 

11:00 pagi
jenazah disembahyangkan lagi sekali di surau then dikebumikan di bawah pokok besar. redup. alhamdulillah, pakngah meninggal malam jumaat dan dikebumikan sebelum solat jumaat. semuanya berjalan lancar dan baik baik aja. 

Doa kami semoga pakngah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. aamiin

Sesungguhnya aku terharu kerana Allah pilih aku untuk jaga isteri pakngah sepanjang pakngah berada di HKL. demi Allah sebelum tu, aku takut dan risau.. apa yang akan terjadi pada kali ini. secara tiba-tiba semuanya berlaku dengan pantas. kebetulan kami pon nak pindah, then pakngah kena tranfer ke HKL. macam-macam aku fikir. in shaa Allah, ada masa terluang, akan ku coretkan entry berkaitan "kematian" dalam blog ni nanti.


Kami sempat pergi majlis tahlil 2 malam berturut.. malam terakhir tak dapat nak join sebab isnin cik abe dah mula kerja. so, terpaksa lah balik. petang ahad kami selamat sampai di kl. balik naik bas jerk. senang. tak yah kalut kalut nak drive. naik bas boleh la rehat dan tidur sekejap.

Al-Fatihah..


Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Al-Fatihah buat PakNgah"

Takziah..
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Al-fatihah...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Takziah buat keluarga

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF