Bapa Saudara & Hospital Kuala Lumpur

29-OKTOBER-2016
Jika diikutkan pagi tu we all akan angkat barang macam biasa dan hantar ke rumah di Equine Park. memang dah siap kemas2 pe semua malam tu lagi. cuma bangun pagi siap2 terus ke sana. kita hanya merancang, tapi jangan dilupa Allah juga merancang untuk hambaNya. sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang..

Jam 7 pagi dapat panggilan daripada kakak sepupu dari Kelantan. dia minta tolong we all sambut ayah dorang a.k.a pakngah ciksu lah. menurut kata kakak sepupu tu, ayahnya kena transfer dari Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah  ke HKL untuk pembedahan. hanya di HKL sahaja ada pakar dan pembedahan boleh dijalankan. masalah bermula bila WARIS TIDAK DAPAT TURUT SERTA MENAIKI AMBULANS UNTUK MENGIRINGI PESAKIT KE HKL. so, agak sukar lah bila tiada waris terdekat boleh menemani pesakit. kalau nak kejar ambulans memang tak terkejar lah, kan!!! dorang pecut lain maciam. dapat tau pulak pagi tu, itu yang kelam kabut sikit.

mujur lah we all stay di KL. itu yang kakak sepupu minta we all sambut ayah dorang setibanya di HKL nanti. we all okje. tak de hal ~_^

sokmo berhubung dengan nurse yang iring my pakngah je lah. bila dah tahu kat tempat sekian2, we all pon gerak lah ke HKL.
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar cuma cik abe tak dapat lah nak sign ape2 sebab dorang tetap menanti waris terdekat (anak) untuk apa2 pon. itu sudah memadai. cuma yang penting we all tahu ke mana my pakngah ditolak dan ditempatkan. ciksu macam biasa lah tak dapat nak membantu sangat sebab Rania tak bagi kerjasama. semuanya serah bulat2 dekat cik abe.

pakngah selamat tiba di HKL jam 2:58petang. itu pon sebab sepanjang jalan hujan turun. then jam 5:30petang anak bongsu pakngah pula sampai. masa ni pakngah dah pon selamat ditempatkan di tingkat 3 wad 12 (pembedahan).

selepas sepupu sampai, bawa dia buat pas menunggu. untuk waris yang nak menunggu/ teman pesakit di HKL perlu
1) buat pas menunggu. kena renew setiap 3 hari. jumpa nurse bertugas.
2) boleh bawa kerusi malas/ tempat tidur tapi kena kemas sebelum jam 7pagi. means sebelum doktor masuk periksa pesakit.

selesai semua urusan kemasukan pesakit ke wad, bab pas menunggu dan waris yang menunggu, baru lah we all balik ke rumah. itu pon lepas maghrib baru sampai rumah. setengah hari di HKL, badan penat dan letih sesangat. dah balik rumah, diuji lagi dengan dugaan.

Allah Hu Akhbar.... 

Arteri bengkak
tak sangka pon. pakngah asyik ngadu kata sakit kat bahagian perut. selepas scan baru dapat tau puncanya. menurut hasil pemeriksaan, katanya arteri bengkak dan perlu buat pembedahan segera tapi perlu bergantung pada tahap kesihatan pesakit juge. lagipon my pakngah ada kencing manis. bila bengkak, risau takut pecah. bila pecah pepaham lah risikonya. itu yang pihak hospital sultanah bahiyah cepat2 hantar ke HKL.

dah sampai HKL bukan semudah yang disangka. perlu lalui pelbagai prosedur. sian tengok my pakngah. huhuhu. cucuk sana cucuk sini. lemah dah tengok pakngah. dah la masa mai dari Hospital Sultanah Bahiyah kena puasa. sampai HKL pon still puasa. sampai orang tua tu ngadu dahaga dan kering tekak sesangat. nurse cakap normal lah tu. alahai....

sudahnya selepas dicheck dan dipastikan kondisi pakngah, operation akan dijalankan pada hari khamis lepas. tup2, pagi sebelum masuk bilik OT, entah macam mana, boleh pulak darah naik. dugaan lagi.. so, terpaksa lah postpone. maybe pakngah tak dapat tidur malam, then berjaga. bila berjaga paham2 lah, maciam2 yang dipikirnya. itu lah kot punca darahnya naik.

korang tahu tak ape2 petua atau tips untuk turunkan tekanan darah tu. kalau ada share lah ye. sebolehnya nak lah pembedahan tu dijalankan secepat mungkin sebab arteri tu makin membengkak. paling cepat pon next week baru boleh buat pembedahan tu tapi macam di katalah dalam masa yang sama tahap kesihatan pesakit pon kena ambil kira juge. ditambah pulakk pakngah kurang minum air. puas dipujuk anak2, tapi biasalah ibarat curah air ke daun keladi aje. tetiba pakngah jadi sensitip, sedih, pastu mula lah cakap merapu. usia pakngah 75 tahun.

ari ni genap seminggu pakngah di HKL. seminggu jugak lah tetamu di rumah we all bersilih ganti. rumah we all jadi tempat berteduh buat my sepupu and sedara mara dari Kedah dan Melaka. saat2 terakhir we all di KL, rumah ni meriah dikunjungi tetamu. semuanya bercampur baur. gembira dapat berkumpul sanak sedara, sedih bila kenangkan keadaan pakngah di HKL. entah lah... susah nak gambarkan..
apa2 pon ciksu nak minta jasa baik korang semua ye. tolong doakan ye, semoga semua urusan pakngah dipermudahkan Allah. aamiin

nota:
bila jadi macam ni baru lah ciksu tahu prosedur menaiki ambulans. huhuhu. sebab sebelum2 ni memang tak pernah tahu pon. sama lah juga dengan kes anak my member ari tu. in shaa Allah next entry ciksu kongsikan apa yang ciksu tahu dan pelajari daripada setiap ujian yang menimpa. doakan semoga diri ciksu dikurniakan sikap rajin yang maksimum untuk update blog ye. ahahahaa.
^___________________×

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Bapa Saudara & Hospital Kuala Lumpur"

Sebaya ayah saya... Moga Pak ngah cepat sembuh... Kena rajin bagi semangat kat dia.. org dah berusia ni memang sensitif.. macam-macam dia fikir tuh...

sy pun slah sorg staff HKL mendoakan smoga dipermudahkan..
doa yg baik2,smoga operation berjalan dgn lancar

Amin...amin...amin...amin....moga Allah permudahkan setiap urusan...

Semoga bapa saudara yang sakit diberikan kesembuhan.

Assalamualaikum ciksu..semoga dipermudahkan urusan ye. Sedih dengar org masuk hospital ni.. lagi2 org tua kannn

Semoga beliau cepat sihat aminnn

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF