Rezeki Makan Ikan Kelah Dan Daging Kijang

Rezeki Makan Ikan Kelah Dan Daging Kijang| alhamdulillah.. syukur atas nikmat yang diberikan. merasa juga makan ikan kelah dan daging kijang. dua2 ni first time ciksu jamah. my cousin dari kepala batas, penang yang bawakan. semuanya hasil daripada hobi beliau yang suka memburu dan memancing. rezeki yang dapat dikongsi bersama ^_^… 

Ikan kelah ni kalau ikut harga pasaran agak mahal juga. lagi satu jarang lah nak jumpa di kedai2 makan yang ada sediakan ikan kelah sebagai menu dorang melainkan ke restoran chinese atau restoran eksotik. comfirm ada kan !! my cousin siap siang ikan kelah tu. tugas ciksu cuma cuci dan masakkan. itu pon tak sempat pon nak masak. ahahaha. sebab elok2 siapkan bahan2 masak, si abang my cousin ni sampai. so, dia lah yang masakkan. ahahahaha. sekali sekala nak merasa air tangan komando pencen kan. apa salahnya.  ye dok. hiks ;) ciksu cuma masak sup daging kijang je.  

Begitu juga daging kijang. pon pertama kali merasa. kalau daging rusa, ciksu dah pernah rasa sebab jiran di kampung dulu suka memburu juga. dorang ni ada lesen. so, boleh lah memburu. daging kijang ni sedapnya lain maciam tau. rasanya lagi sedap dari daging lembu.  

ikan kelah dan daging kijang

ikan kelah masak sos. sedap dimakan. rezeki kami lah dapat merasa hasil hobi my cousin ni. sekor ikan dibahagi dua. pakat2 merasa sorang sikit. nak makan ikan kelah kena hati2 lah ye sebab walaupon tulangnya tak banyak tapi tulangnya berbentuk Y. besar2 pulakk tu. ala, macam tulang ikan terubuk tu haaa. tapi ikan kelah lagi lah sedap. isinya lembut sangat. 
daging kijang bahagian tulang2 buat sup, bahagian isi buat daging goreng kicap. masak hari2 lain. jimat punya pasal. masak sikit2. dua2 jenis menu ni pon sedap dimakan. 

daging kijang tak liat. manis.

ntah lah camna na erk nak explain. hanya yang pernah merasa, boleh lah tahu kot.  

rezeki bersama. dapat menikmati hidangan bersama sepupu sepapat. alhamdulillah..

alhamdulillah rezeki Rania juga dapat merasa. ciksu bagi juga rasa serba sikit kecuali daging kijang masak kicap sebab sampai usia sekarang Rania belum lagi dibagi makan kicap. hehehehe.

ni my cousin baru sampai. dibawanya daging landak plakkk. daging landak belum pernah merasa lagi. ntah apa lah rasanya erk. nak cuba ke tak erk? mmm.. tengok lah camna nanti.. ada keinginan nak mencuba tak. ekekeke. 


Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Rezeki Makan Ikan Kelah Dan Daging Kijang "

Bestnya...
AM tak pernah lagi merasa ikan kelah nie..
Kalau kijang, kancil, seladang tu biasa la makan..huhuhu

Kelebihan dan Manfaat Berjogging

daging kijang ni org sabah pnggl daging payau..mmg sedap

fuhhh, daging kijang tu yang susah nak dapat tu..

Zaman sekarang susah nak jumpa kedua2nya tu, kecuali kaki pancing dan kaki memburu.

2 2 ni makanan mewah dan rare. Alhamdulillah, semoga Allah lapangkan rezeki kita semua. Amin

best tu dpt lauk rare..rezeki.
mkn la landak pulak...akk penah try...landak goring kunyit...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF